Hujan lebat tengahari itu, tatkala melewati pintu masuk sebuah shopping mall, kelihatan seorang anak lelaki sedang meraung teresak-esak, mungkin 6 ke 7 tahun umurnya aku mengagak. Di sisi kelihatan seorang lagi budak lelaki yang sedikit muda darinya, mungkin adiknya kot aku meneka (sebab pakai baju yang sama corak). Sebuah kereta berhenti di hadapan mereka, yang memandu seorang lelaki, mungkin bapanya teka ku lagi. Namun, satu peristiwa yang sangat membuat aku terkedu adalah apabila si ibu (kali ni aku yakin dengan tekaan aku) menampar pipi anak yang sedang meraung tu. Dan orang sekeliling semua hanya memerhati (termasuk aku). Geram, marah, sedih. Rasa nak tampar balik pun ada.
Sedih tengok bila anak dipukul, ditampar di khalayak orang ramai. Wahai ibu, kenapa begitu? Aku juga seorang ibu. Aku juga pernah marah anak-anak aku. Tapi, tak pernah aku tergamak bagi 'penampor buaya'. Apabila siang hari aku marah, malamnya tidurku dengan linangan air mata. Menyesal kerana hilang sabar dengan anak-anak syurga. Astaghfirullahalazim. Ampuni aku ya Allah..
Setiap kali apabila aku membawa kedua-dua anak ku (Syahmi 4 tahun, Syafi 2 tahun), mainan yang diminta. Setiap kali berhenti di Petronas untuk isi minyak, mesti nak masuk dalam kedai Mesra, nak beli mainan. Mula-mulanya aku melayan sahaja permintaan mereka. Tapi lama-lama aku perasan, apabila tuntutan tidak dipenuhi, mereka akan mengamuk. Kadang-kadang sampai berguling atas lantai. Aku pernah hilang sabar tapi aku jauhkan diri daripada anak. Takut lagi kuat syaitan menggoda. Suami aku akan sambung uruskan anak yang tengah mengamuk tu (bab pujuk anak memang aku salute ngan suami aku, sangat sabar..) Sejak daripada itu, aku sedar sesuatu perlu diubah!
Kini, bila jalan-jalan di shopping mall, aku abaikan saja permintaan mereka. Buat-buat tukar tajuk. Atau alihkan kepada sesuatu yang lain, contoh ajak main kat playground ka, ajak makan ka.. asalkan dia terlupa pasal mainan tu. Dulu, boleh kata setiap hari aku beli mainan, sekarang seminggu sekali pun jarang. Kadang-kadang bagi juga as a reward.
Memetik satu artikel:
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
Pastikan anak anda selamat.
Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
Jangan hukum anak anda.
Jangan berikan ganjaran.
Jika boleh, asingkan anak anda.
Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
(Artikel ini yang ditulis oleh Dr Norharlina Bahar juga boleh dilihat di MyHealth Portal)
Mama sayang Syahmi dan Syafi ketat-ketat!! Jom main..
Tomorrow maybe even brighter than today, since I threw my sadness away, only yesterday..
Thursday, 27 November 2014
Tuesday, 11 November 2014
Selamat tinggal kuala lumpur, apa khabar selangor..
Sebagai manusia, aku yakin bahawa hijrah bakal membawa kepada suatu perubahan yang positif. Hijrah hati, iaitu berazam dan meninggalkan amalan dan tabiat buruk, berubah menjadi manusia yang lebih baik dan lebih positif. Hijrah fizikal, iaitu perpindahan dari satu tempat ke satu tempat lain yang diharapkan dapat mengubah nasib dan keadaan seiring dengan hijrah hati yang dilaksanakan.
Keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas, perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:
'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.
Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Semoga hijrahku membawa 1001 kebaikan dan hikmah kepada semuanya. InsyaAllah.

Friday, 8 August 2014
'Magic' Baby - part 2
Sepanjang tempoh kehamilan anak kedua, tiada alahan teruk yg aku alami. Jika nak dibandingkan masa mengandungkan Syahmi dulu tiap-tiap hari muntah. Cuma mengandung kali ni aku cepat letih, biasa la tu.. Selera makan, hmm.. macam biasa. Tak rasa mengidam apa-apa pun. Semua aku makan. Tak memilih, tak cerewet.
Masa kandungan aku berusia 3 ke 4 bulan, aku mengerjakan umrah bersama suami, mama dan adik aku. Syahmi masa tu berusia 16 bulan pun aku bawa sekali sebab tak tergamak nak tinggal dia. Masa mula masuk ke Tanah Haram, Syahmi senyum dalam tidurnya. Kali pertama melihat kaabah, Syahmi sujud, tanpa sesiapa suruh. Kenangan manis sewaktu tawaf mengelilingi kaabah, aku dapat rasakan anak dalam rahim aku pun turut sama bergerak. Seolah dia pun nak tawaf jugak. Hehe.. Semasa di Masjidil Haram, aku tak putus berdoa untuk ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, keluargaku. Mohon dipelihara Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Juga kemurahan rezeki dan rahmat Allah, serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Air zamzam rasa manis sangat kat sana. Rasa nak minum banyak-banyak. Selepas sepuluh hari di Mekah, kami berangkat ke Madinah. Alhamdulillah, ibadah umrah berjaya kami sempurnakan. InsyaAllah kisah panjang umrah ni akan aku ceritakan dalam entri lain.
Aku menjalani pemeriksaan kehamilan dengan pakar O&G HUKM, Prof Norzi. Detailed scan menunjukkan bayi dalam kandunganku sihat, Alhamdulillah. Aku dijangka bersalin pada bulan puasa. Sempat aku berpuasa selama 12 hari, lepas tu aku dah tak boleh tahan. Rasa letih sangat. Bawak bekal ke pejabat, makan senyap-senyap. Mujur staf pejabat tu ramai perempuan. Hehe..
Masa nak bersalin, risau jugak sebab aku tak pernah rasa sakit contraction tu macam mana. Waktu Syahmi dulu dah lebih 40 minggu, tiada contraction tapi jantung dah bradikardia. Terus tolak ke OT untuk emergency caeserian. Alhamdulillah Syahmi sihat. Waktu anak kedua ni, 40 minggu jugak, ada bleeding sikit. Terus pergi hospital. Jalan baru buka 2cm. Aku kena tahan wad sebab dah due 40 minggu. Kena induce, rasa sakit jugak la contraction tu. Lepas 24 jam di wad jalan baru buka 4cm. Doktor pecahkan air ketuban. Adoi!! Ni yang rasa sakit sangat. Jalan dah buka 6cm. Bila check jantung baby, dah tak jumpa. Terus tolak ke OT untuk emergency caeserian lagi sekali.
Masa dalam bilik OT, bila aku dengar ja bunyi baby nangis, rasa seronok sangat. Doktor letak baby atas perut aku. Wah.. panas suam-suam je rasa. Masa tengah jahit, baby didekatkan ke muka aku. Aku tatap wajahnya. Alhamdulillah. Sempat aku cium. Wanginya..
Selepas direhatkan, aku dihantar semula ke wad. Tak sabarnya nak peluk baby. Suami aku dah tunggu kat pintu. Dia dah azankan baby. Tunggu nak hantar aku ke wad je. Bila sampai kat wad, terus aku minta dengan nurse baby aku tu. Aku nak menyusu. Rezeki untuk menyusukan Syahmi dulu setakat 2 bulan je sebab aku kena menjalani rawatan kemoterapi. Kali ni aku berazam untuk menyusukan anak kedua ni sampai 2 tahun. Kali pertama dapat peluk dan cium baby sangat indah. Menyusukan baby itu satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Dalam entri lain la kalo nak cerita perjalanan penyusuan susu ibu ni. Panjang sangat..
Alhamdulillah, zuriatku dan suami yang kedua ini dilahirkan cukup sempurna. Rasa bersyukur sangat kerana ini adalah zuriat yang suatu ketika dulu dikatakan berisiko. Alhamdulillah, Allah merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Perancangan dan ketentuan Allah tiada siapa pun yang dapat menghalang. Kehadiran Syafi (penawar) dalam hidup aku, suami, Syahmi dan sekeluarga menambahkan keutuhan kasih-sayang kami. Semoga Syafi membesar menjadi khalifah Allah yang soleh dan penawar untuk keluarga ini. InsyaAllah.
Yakinlah dengan Allah. Mintalah petunjuk dari Allah. Berdoalah kepada Allah. AllahuAkbar. Tiada suatu apa pun dapat menidakkan kuasa Allah. Kun fa ya kun..
Masa kandungan aku berusia 3 ke 4 bulan, aku mengerjakan umrah bersama suami, mama dan adik aku. Syahmi masa tu berusia 16 bulan pun aku bawa sekali sebab tak tergamak nak tinggal dia. Masa mula masuk ke Tanah Haram, Syahmi senyum dalam tidurnya. Kali pertama melihat kaabah, Syahmi sujud, tanpa sesiapa suruh. Kenangan manis sewaktu tawaf mengelilingi kaabah, aku dapat rasakan anak dalam rahim aku pun turut sama bergerak. Seolah dia pun nak tawaf jugak. Hehe.. Semasa di Masjidil Haram, aku tak putus berdoa untuk ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, keluargaku. Mohon dipelihara Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Juga kemurahan rezeki dan rahmat Allah, serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Air zamzam rasa manis sangat kat sana. Rasa nak minum banyak-banyak. Selepas sepuluh hari di Mekah, kami berangkat ke Madinah. Alhamdulillah, ibadah umrah berjaya kami sempurnakan. InsyaAllah kisah panjang umrah ni akan aku ceritakan dalam entri lain.
![]() |
| InsyaAllah kami akan kembali. |
![]() |
| Lena di dalam.. |
Masa dalam bilik OT, bila aku dengar ja bunyi baby nangis, rasa seronok sangat. Doktor letak baby atas perut aku. Wah.. panas suam-suam je rasa. Masa tengah jahit, baby didekatkan ke muka aku. Aku tatap wajahnya. Alhamdulillah. Sempat aku cium. Wanginya..
Selepas direhatkan, aku dihantar semula ke wad. Tak sabarnya nak peluk baby. Suami aku dah tunggu kat pintu. Dia dah azankan baby. Tunggu nak hantar aku ke wad je. Bila sampai kat wad, terus aku minta dengan nurse baby aku tu. Aku nak menyusu. Rezeki untuk menyusukan Syahmi dulu setakat 2 bulan je sebab aku kena menjalani rawatan kemoterapi. Kali ni aku berazam untuk menyusukan anak kedua ni sampai 2 tahun. Kali pertama dapat peluk dan cium baby sangat indah. Menyusukan baby itu satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Dalam entri lain la kalo nak cerita perjalanan penyusuan susu ibu ni. Panjang sangat..
Alhamdulillah, zuriatku dan suami yang kedua ini dilahirkan cukup sempurna. Rasa bersyukur sangat kerana ini adalah zuriat yang suatu ketika dulu dikatakan berisiko. Alhamdulillah, Allah merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Perancangan dan ketentuan Allah tiada siapa pun yang dapat menghalang. Kehadiran Syafi (penawar) dalam hidup aku, suami, Syahmi dan sekeluarga menambahkan keutuhan kasih-sayang kami. Semoga Syafi membesar menjadi khalifah Allah yang soleh dan penawar untuk keluarga ini. InsyaAllah.
Yakinlah dengan Allah. Mintalah petunjuk dari Allah. Berdoalah kepada Allah. AllahuAkbar. Tiada suatu apa pun dapat menidakkan kuasa Allah. Kun fa ya kun..
Sunday, 29 June 2014
'Magic' Baby - part 1
Ramadhan tiba. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati Ramadhan. Teringat zaman sekolah dulu berpuasa, bertarawih, moreh kat surau (musolla taman sri nibong bersama BFF tersayang, Yamin), kalau bendera jepun naik, makan sorok-sorok (pun dengan yamin jugak, haha). Masa zaman kat universiti, sahur, berbuka, atur bazar ramadhan, shopping tudung raya dengan BFF lagi seorang, Ziha. Sama-sama cari penat, kiranya jalan TAR dan jalan masjid india tu kami yang punya.haha.. Indahnya zaman muda dulu..
Alhamdulillah, masih dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Bulan di mana Allah membuka pintu rahmat seluas-luasnya. Peluang untuk beribadah dengan sepenuh hati, merebut rahmat dari Allah. Dan apabila tibanya Syawal, hati mula sedih, apakah akan berpeluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.
Tapi, ada suatu memori Ramadhan yang telah menjadi kenangan yang paling manis dalam hidup aku. Aku telah melahirkan zuriatku yang kedua pada malam 25 Ramadhan. Alhamdulillah.. Ada kisah di sebalik sepanjang usia kandungan dari awal kehamilan, hingga kelahirannya.
Aku disahkan hamil anak kedua ketika usia anak sulung baru mencecah setahun. Masih terlalu awal kerana aku melahirkan Syahmi secara caeserian. Tapi, apa yang lebih merisaukan adalah aku disahkan hamil ketika baru selesai menjalani kemoterapi tiga bulan yang lalu, dan conceive semasa menjalani rawatan radioterapi. MasyaAllah..
Semasa aku disahkan menghidap Primary Mediastinal B-cell Lymphoma, sebelum rawatan kemoterapi dimulakan, doktor telah memberitahu akan risiko untuk tidak boleh mengandung lagi itu ada. Aku dijadualkan untuk suatu tempoh rawatan kemoterapi yang panjang iaitu selama 12 minggu. Aku dan suami redha dan pasrah menerima ketentuan Allah bahawa Syahmi adalah satu-satunya zuriat kami. Aku kemudian menjalani rawatan radioterapi, tanpa menyedari akan kewujudan satu nyawa lain di dalam rahimku. Hari terakhir radioterapi diberi, iaitu hari ke-15, aku rasa tak sedap hati dan terus buat pregnancy test apabila tiba di rumah. Apabila test menunjukkan positif, aku mula risau. Bimbangkan keadaan nyawa di dalam rahim aku. Suami aku? Dia senyum saja..
Pakar Hematologi pun terkejut akan berita ini. Mereka menasihatkan aku supaya jangan diteruskan dengan kandungan itu. Bimbang akan kesihatan baby yang bakal lahir dan kesihatan aku yang baru pulih dari penyakit aku. Pakar Obstetrik menasihati aku akan risiko yang bakal aku hadapi sekiranya aku masih mahu meneruskan dengan kandunganku. Namun keputusan di tangan aku. Aku buntu. Suami aku berkeras supaya teruskan dengan kandungan itu. Aku ingat lagi ayat suami aku,
"Kita nak dapatkan Syahmi dulu pun payah, ni Allah dah bagi senang-senang, takkan nak buang?!"
Aku risau, takut, macam-macam perasaan masa tu. Kalaulah bayi yang bakal lahir tak sempurna, itu adalah salah aku! Kalau aku teruskan juga, aku hanya menyiksa dia. Aku menjalani radioterapi, semasa dia sedang berehat di dalam rahim aku, tanpa apa-apa perlindungan. Itu salah aku!
Semasa kandungan baru 6 minggu, di saat aku keliru untuk meneruskan kandungan atau tidak, aku menjalani ujian ultrasound. Dan di saat aku nampak di paparan skrin, jantung yang berdegup laju, dan seolah ada suatu suara yang minta diselamatkan, aku nekad, walau apa pun terjadi, aku akan teruskan dengan kandunganku, dan walau apa pun keadaannya nanti, aku akan menjaga dan takkan berkurang walau sedikit kasih-sayangku.
(End of pt.1)

Wednesday, 28 May 2014
Stem Cell Transplant
Apa yang bakal aku coretkan di sini adalah daripada pengalaman aku sendiri. Dulu, aku tak tau apa tu transplant. Implant gigi aku tau la.. (itu pun tengok lecturer aku buat masa zaman student dulu. Bila kerja aku tak pernah buat lagi, setakat ni..)
Berdasarkan apa yang aku paham, Stem Cell Transplant adalah infusi sel stem yang sihat ke dalam badan untuk menggantikan sel stem yang dah rosak atau berpenyakit. Transplant sel stem ini adalah dilakukan dalam rawatan penyakit berkaitan darah seperti leukemia, limfoma atau myeloma. Transplant sel stem boleh membantu menghasilkan sel-sel darah yang sihat. Stem cell transplant juga dikenali dengan nama-nama lain seperti bone marrow transplant, peripheral blood stem cell transplant ataupun umbilical cord blood transplant, bergantung kepada sumber/lokasi sel stem itu sendiri. Stem cell transplant menggunakan sel dari badan sendiri (autologous stem cell transplant), daripada penderma (allogeneic stem cell transplant) atau daripada kembar seiras (syngeneic transplant).
Dalam kes aku, aku menjalani autologous stem cell transplant daripada peripheral blood stem cell. Dalam bahasa mudahnya, aku adalah penderma sel stem kepada badan aku sendiri, di mana sel stem yang sihat diambil daripada salur darah (peripheral blood), dan infusi sel stem yang sihat juga melalui salur darah.
Selepas menjalani beberapa sesi kemoterapi dan radioterapi, apabila doktor mengesahkan aku berada dalam keadaan 'remission' (senang paham, sel kanser dah mati), aku dinasihatkan untuk menjalani proses harvesting, iaitu proses untuk mengumpulkan sel stem yang sihat. Sel stem yang sihat akan disimpan dan digunakan sewaktu transplant nanti. Aku dimasukkan ke ward Unit Transplantasi Sel Stem, Pusat Terapi Sel HUKM Setiap hari akan dicucuk ubat untuk meningkatkan sel dalam sumsum tulang. Hari pertama, kedua, ketiga, tak rasa apa pun. Cucuk ubat pun kat bahu ja, tak la sakit sangat. Masuk hari keempat, pinggang aku mula sakit. Sakit teramat sampai tak boleh nak bangun sendiri. Nak berjalan pun kena papah. Masa nak harvesting ni, aku diberi kemoterapi juga. Badan memang letih kesan daripada kemoterapi yang diterima, ditambah dengan sakit pinggang yang teramat sangat.
Setiap hari kena check darah. Bila sel dah mula meningkat, maka proses harvesting pun dilakukan. Aku dibawa masuk ke sebuah bilik lain. Ada satu mesin kat sebelah katil aku tu. Tak pernah aku tengok mesin tu.
Ni la mesin untuk harvesting. Aku dah lupa nama dia. Proses harvesting mengambil masa lama jugak. 2 ke 3 jam jugak la. Tak boleh bangun nak ke mana-mana pun. Baring ja kat situ. Kalau rasa nak berurusan di toilet, atas katil je laa.. Ni ada lagi satu gambar wayar berselirat kat mesin tu.
Daripada salur darah, darah akan dialirkan keluar, masuk melalui mesin, ditapis dan bakinya kembali ke dalam salur darah. Maknanya ada satu tiub yang mempunyai dua cabang kena cucuk kat salur darah yang besar. Satu untuk darah keluar, satu untuk darah masuk. Dalam kes aku, doktor ambil peripheral blood ni melalui femoral line. Aku ada ambil gambar, tapi takkan nak tunjuk kat sini. Hehe.. Bila darah dah ditapis, semua sel stem yang diperlukan dapat dikumpul. Yang tak perlu dikembalikan kepada badan. Alhamdulillah sel stem yang berjaya dikumpul 11.7 juta. Aku dikira bertuah sebab ada sesetengah pesakit nak dapat 2 juta pun payah. Kena buat proses harvesting ni berulang kali. Daripada sel stem yang dah dikumpul tu, doktor akan mengira berapa banyak sel yang badan aku perlukan. Masa transplant tu, aku pakai 7.8 juta sel. Baki sel ada lagi tersimpan kat bank.
Dah selesai bab harvesting, kita cerita pulak bab transplant. Prosesnya macam biasa, aku diberikan ubat kemoterapi yang kuat untuk mengosongkan sumsum tulang. Kemudian sel stem dimasukkan dan aku hanya perlu menunggu supaya sel yang sihat tu berkembang. Proses transplant ni memang sangat-sangat menguji kesabaran aku sebab ubat kemoterapi yang diberi sangat kuat. Tambah pulak kena duduk wad lama, jauh daripada anak-anak, mama, abah.. Tiada pelawat dibenarkan kerana dikuarantin. Suami aku saja yang boleh jaga. Itu pun nak masuk bilik dia kena betul-betul bersih. Kena pakai hospital punya attire and facemask.
Rindu kat anak-anak tu tak payah cakap la. Tiap-tiap malam mimpikan anak. Aku sambut harijadi pun kat wad masa tu. Makan makanan hospital. Suami aku nak beli kek tak boleh sebab takut infeksi daripada makanan luar yang diragui tahap kebersihannya. Telefon anak kat rumah, dia nyanyi lagu 'happy birthday to mama' (of course dalam bahasa dia). Hai lagi la berkobar nak balik.. Tiga minggu aku ditahan di wad. Setiap hari kena check darah. Bila pakar dah pasti sel stem tu dah mula membiak, baru aku dibenarkan balik.
Ini jadual protokol transplant yang dah ditetapkan untuk aku. Aku ditetapkan protokol BEAM. 22hb doktor cari vein yang besar untuk insert line. Ini pakar radiology yang buat sebab tak boleh blindly insert. Kena buat under radiography, dengan ultrasound, contrast, scan bagai.. nurse ngan MA kat situ pun dah kenal aku. Regular customer la katakan. Hehe.. Bila dah ada line (femoral line), maka hydration dimulakan, dengan ubat-ubat lain.
Keesokan harinya baru dimulakan kemoterapi selama enam hari. Hari pertama Carmustine. Hari kedua, ketiga, keempat dan kelima Etoposide dan Cytosine arabinoside. Hari keenam Melphalan. Semua ubat kemoterapi yang aku dapat ni sangat kuat. Asyik nak baring ja. Rasa letih sangat. Masa kemoterapi, hari dikira secara menurun (countdown). Maka, hari ketujuh (maknanya hari 0) transplant dilakukan.
Lepas transplant, aku pun menanti dengan penuh sabar sampai la sel darah mula naik. Masa ni la yang betul-betul menguji kesabaran aku sebab kesan kemoterapi dah mula terasa. Mulut, lidah lelangit, anak tekak, tekak semua ada ulser. Aku tak boleh makan, minum, bercakap, nak telan air liur pun payah. Sakit tu tak payah cakap la. Sampai kena bagi morphine 4-hourly IM. Doktor ambil keputusan bagi aku TPN (makan ikut salur darah). Lima hari jugak la aku dijamu ngan TPN ni. Dalam TPN ada semua nutrisi yang badan perlukan dalam bentuk yang paling ringkas. Contohnya glukosa, asid amino, lipid dan lain-lain vitamin dan mineral. Bila dah masuk salur darah, semua nutrisi tu akan diserap terus, tanpa melaui proses pencernaan di perut. Dalam erti kata lain, perut aku kosong sepanjang lima hari tu, sampai terkeluar muntah kuning. Dah lima hari tak makan, tak minum, aku paksakan diri juga minum seteguk milo tengah malam tu. Alhamdulillah, lega sikit. Keesokan paginya, waktu sarapan, aku diberi bubur. Habis semangkuk. Hehe..
Kesan morphine yang diberi tu menyebabkan aku mengalami sedikit halusinasi. Bila pejam ja nampak benda bergerak. Takut jugak masa tu. Selain itu, aku juga mengalami cirit-birit, muntah-muntah. Letih sangat. Platelet aku mula kurang menyebabkan selalu bleeding masa cirit-birit tu. Sel darah putih pun berkurang, aku demam. Bila dah demam, lagi la letih. Aku sembahyang pun atas katil. Nak pi toilet pun kena papah. Ada dua ke tiga kali aku ambil wudhuk atas katil ja. Nak mandi jauh sekali. Setakat lap-lap badan ja la. Semua tu suami aku yang uruskan. Terima kasih..
Hari keempat belas, sel darah aku mula menunjukkan tanda-tanda semakin meningkat (hari-hari kena check darah). Aku dah mula boleh berjalan, makan, dah uruskan diri sendiri. Tapi masih lemah lagi. Aku minta dengan pakar untuk pulang ke rumah, sebab dah terlalu rindu sangat ngan anak-anak (tiga minggu tak jumpa woo..). Pakar izinkan sebab dah nampak banyak perubahan yang positif.
Alhamdulillah, aku berjaya melalui dugaan yang berat ini. Terima kasih kepada pakar yang merawat iaitu Prof S. Fadillah yang sentiasa senyum dan memberi kata-kata semangat sepanjang aku di wad. Terima kasih juga kepada semua nurse wad transplant yang sabar melayani kerenah aku. Terima kasih kepada PPK yang selalu hantar makanan pujuk aku makan, walaupun aku tak boleh nak makan sebab sakit mulut. Terima kasih kepada suami aku yang sabar melayan kehendak dan perangai aku masa sakit. Terima kasih kepada mama dan abah yang tak putus-putus mendoakan kesihatan aku. Terima kepada anak-anak, Syahmi dan Syafi yang sering menanggung rindu yang tak terucap saat berjauhan dengan aku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya. Amin..
Berdasarkan apa yang aku paham, Stem Cell Transplant adalah infusi sel stem yang sihat ke dalam badan untuk menggantikan sel stem yang dah rosak atau berpenyakit. Transplant sel stem ini adalah dilakukan dalam rawatan penyakit berkaitan darah seperti leukemia, limfoma atau myeloma. Transplant sel stem boleh membantu menghasilkan sel-sel darah yang sihat. Stem cell transplant juga dikenali dengan nama-nama lain seperti bone marrow transplant, peripheral blood stem cell transplant ataupun umbilical cord blood transplant, bergantung kepada sumber/lokasi sel stem itu sendiri. Stem cell transplant menggunakan sel dari badan sendiri (autologous stem cell transplant), daripada penderma (allogeneic stem cell transplant) atau daripada kembar seiras (syngeneic transplant).
Dalam kes aku, aku menjalani autologous stem cell transplant daripada peripheral blood stem cell. Dalam bahasa mudahnya, aku adalah penderma sel stem kepada badan aku sendiri, di mana sel stem yang sihat diambil daripada salur darah (peripheral blood), dan infusi sel stem yang sihat juga melalui salur darah.
Selepas menjalani beberapa sesi kemoterapi dan radioterapi, apabila doktor mengesahkan aku berada dalam keadaan 'remission' (senang paham, sel kanser dah mati), aku dinasihatkan untuk menjalani proses harvesting, iaitu proses untuk mengumpulkan sel stem yang sihat. Sel stem yang sihat akan disimpan dan digunakan sewaktu transplant nanti. Aku dimasukkan ke ward Unit Transplantasi Sel Stem, Pusat Terapi Sel HUKM Setiap hari akan dicucuk ubat untuk meningkatkan sel dalam sumsum tulang. Hari pertama, kedua, ketiga, tak rasa apa pun. Cucuk ubat pun kat bahu ja, tak la sakit sangat. Masuk hari keempat, pinggang aku mula sakit. Sakit teramat sampai tak boleh nak bangun sendiri. Nak berjalan pun kena papah. Masa nak harvesting ni, aku diberi kemoterapi juga. Badan memang letih kesan daripada kemoterapi yang diterima, ditambah dengan sakit pinggang yang teramat sangat.
Setiap hari kena check darah. Bila sel dah mula meningkat, maka proses harvesting pun dilakukan. Aku dibawa masuk ke sebuah bilik lain. Ada satu mesin kat sebelah katil aku tu. Tak pernah aku tengok mesin tu.
Ni la mesin untuk harvesting. Aku dah lupa nama dia. Proses harvesting mengambil masa lama jugak. 2 ke 3 jam jugak la. Tak boleh bangun nak ke mana-mana pun. Baring ja kat situ. Kalau rasa nak berurusan di toilet, atas katil je laa.. Ni ada lagi satu gambar wayar berselirat kat mesin tu.
Daripada salur darah, darah akan dialirkan keluar, masuk melalui mesin, ditapis dan bakinya kembali ke dalam salur darah. Maknanya ada satu tiub yang mempunyai dua cabang kena cucuk kat salur darah yang besar. Satu untuk darah keluar, satu untuk darah masuk. Dalam kes aku, doktor ambil peripheral blood ni melalui femoral line. Aku ada ambil gambar, tapi takkan nak tunjuk kat sini. Hehe.. Bila darah dah ditapis, semua sel stem yang diperlukan dapat dikumpul. Yang tak perlu dikembalikan kepada badan. Alhamdulillah sel stem yang berjaya dikumpul 11.7 juta. Aku dikira bertuah sebab ada sesetengah pesakit nak dapat 2 juta pun payah. Kena buat proses harvesting ni berulang kali. Daripada sel stem yang dah dikumpul tu, doktor akan mengira berapa banyak sel yang badan aku perlukan. Masa transplant tu, aku pakai 7.8 juta sel. Baki sel ada lagi tersimpan kat bank.
Dah selesai bab harvesting, kita cerita pulak bab transplant. Prosesnya macam biasa, aku diberikan ubat kemoterapi yang kuat untuk mengosongkan sumsum tulang. Kemudian sel stem dimasukkan dan aku hanya perlu menunggu supaya sel yang sihat tu berkembang. Proses transplant ni memang sangat-sangat menguji kesabaran aku sebab ubat kemoterapi yang diberi sangat kuat. Tambah pulak kena duduk wad lama, jauh daripada anak-anak, mama, abah.. Tiada pelawat dibenarkan kerana dikuarantin. Suami aku saja yang boleh jaga. Itu pun nak masuk bilik dia kena betul-betul bersih. Kena pakai hospital punya attire and facemask.
![]() |
| My husband..selfie pulak..hehe.. |
Ini jadual protokol transplant yang dah ditetapkan untuk aku. Aku ditetapkan protokol BEAM. 22hb doktor cari vein yang besar untuk insert line. Ini pakar radiology yang buat sebab tak boleh blindly insert. Kena buat under radiography, dengan ultrasound, contrast, scan bagai.. nurse ngan MA kat situ pun dah kenal aku. Regular customer la katakan. Hehe.. Bila dah ada line (femoral line), maka hydration dimulakan, dengan ubat-ubat lain.
Keesokan harinya baru dimulakan kemoterapi selama enam hari. Hari pertama Carmustine. Hari kedua, ketiga, keempat dan kelima Etoposide dan Cytosine arabinoside. Hari keenam Melphalan. Semua ubat kemoterapi yang aku dapat ni sangat kuat. Asyik nak baring ja. Rasa letih sangat. Masa kemoterapi, hari dikira secara menurun (countdown). Maka, hari ketujuh (maknanya hari 0) transplant dilakukan.
![]() |
| Dalam beg warna merah pucat tu stem sel. Jumlah semua 4 beg. |
![]() | ||||
| MO dan nurse sedang berusaha melakukan proses transplant. |
Kesan morphine yang diberi tu menyebabkan aku mengalami sedikit halusinasi. Bila pejam ja nampak benda bergerak. Takut jugak masa tu. Selain itu, aku juga mengalami cirit-birit, muntah-muntah. Letih sangat. Platelet aku mula kurang menyebabkan selalu bleeding masa cirit-birit tu. Sel darah putih pun berkurang, aku demam. Bila dah demam, lagi la letih. Aku sembahyang pun atas katil. Nak pi toilet pun kena papah. Ada dua ke tiga kali aku ambil wudhuk atas katil ja. Nak mandi jauh sekali. Setakat lap-lap badan ja la. Semua tu suami aku yang uruskan. Terima kasih..
Hari keempat belas, sel darah aku mula menunjukkan tanda-tanda semakin meningkat (hari-hari kena check darah). Aku dah mula boleh berjalan, makan, dah uruskan diri sendiri. Tapi masih lemah lagi. Aku minta dengan pakar untuk pulang ke rumah, sebab dah terlalu rindu sangat ngan anak-anak (tiga minggu tak jumpa woo..). Pakar izinkan sebab dah nampak banyak perubahan yang positif.
Alhamdulillah, aku berjaya melalui dugaan yang berat ini. Terima kasih kepada pakar yang merawat iaitu Prof S. Fadillah yang sentiasa senyum dan memberi kata-kata semangat sepanjang aku di wad. Terima kasih juga kepada semua nurse wad transplant yang sabar melayani kerenah aku. Terima kasih kepada PPK yang selalu hantar makanan pujuk aku makan, walaupun aku tak boleh nak makan sebab sakit mulut. Terima kasih kepada suami aku yang sabar melayan kehendak dan perangai aku masa sakit. Terima kasih kepada mama dan abah yang tak putus-putus mendoakan kesihatan aku. Terima kepada anak-anak, Syahmi dan Syafi yang sering menanggung rindu yang tak terucap saat berjauhan dengan aku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya. Amin..
Wednesday, 30 April 2014
Positron Emission Tomography
Panggilan ringkasnya, PET-CT scan. Dah 5 kali aku buat di Pusat Perubatan UKM, tidak termasuk sekali di Hospital Putrajaya. So, Total semua 6 kali.
Ni, aku cedok dari website lain.
A positron emission tomography (PET) scan is a unique type of imaging test that helps doctors see how the organs and tissues inside your body are actually functioning.
The test involves injecting a very small dose of a radioactive chemical, called a radiotracer, into the vein of your arm. The tracer travels through the body and is absorbed by the organs and tissues being studied. Next, you will be asked to lie down on a flat examination table that is moved into the center of a PET scanner—a doughnut-like shaped machine. This machine detects and records the energy given off by the tracer substance and, with the aid of a computer, this energy is converted into three-dimensional pictures. A physician can then look at cross-sectional images of the body organ from any angle in order to detect any functional problems.
A PET scan can measure such vital functions as blood flow, oxygen use, and glucose metabolism, which helps doctors identify abnormal from normal functioning organs and tissues. The scan can also be used to evaluate the effectiveness of a patient’s treatment plan, allowing the course of care to be adjusted if necessary.
Currently, PET scans are most commonly used to detect cancer, heart problems (such as coronary artery disease and damage to the heart following a heart attack), brain disorders (including brain tumors, memory disorders, seizures) and other central nervous system disorders.

Ni lah mesin scan tu. Lebih kurang macam CT scan biasa juga. Bezanya sebelum scan, aku diberi radioactive chemical yang diinjek ke dalam salur darah. Lepas tu, aku diminta untuk baring, kurangkan pergerakan dalam masa 45 minit ke sejam camtu. Masa scan tu dalam 20 ke 30 minit. Waktu nak dimasukkan contrast dalam salur darah (sebelum scan kena insert branula kat tangan) rasa pedih sebab contrast tu pekat dan kena masuk 3ml per second. Menjerit jugakla dalam hati sebab tengah scan mana boleh bergerak. Walaupun beberapa saat saja masa untuk auto inject contrast tu, sakit tu.. haish.. rasa panas ngan kebas kat tangan. Bila contrast tu dah start berjalan dalam badan, oklah. Hilang sakit tu.
Badan dah diinjek dengan bahan radioaktif. Maka aku adalah umpama radioaktif bergerak selama 24 jam. Tak boleh duduk dekat dengan orang lain. Takut memudaratkan orang. Paling kesian anak-anak la. Kesian, boleh tengok saja tapi tak boleh pegang. Dah habis tempoh 24 jam, apa lagi, kena 'gomoi' la anak-anak aku tu. Hehe..
Pernah juga buat PET-CT masa breasfeeding dulu. Ini yg paling kesian, dah la tak boleh pegang, menyusu jauh sekali la. Pam dan buang saja. Paling sedih tengok anak tu. Hilang nenen, dengan mama sekali untuk satu malam. Esoknya, lepas geram la dia. Hehe..
Staf kat kaunter PET-CT tu pun dah cam aku. Masa nak register, tengok muka ja, tak perlu bagi nama. Iye lah, aku kan regular customer kat situ. Hehe..

Kesan-kesan Radioterapi
Kali ini, aku nak ceritakan kesan-kesan radioterapi pulak.
I had 15 cycles of radiotherapy, (which i can't remember the dose, sorry!) on my mediastinal area. Radiotherapy affects different people in different ways and it is difficult to know exactly how you will react to the treatment. For some patients side effects are mild, while others experience more severe effects. Some side effects begin during treatment whereas others can appear weeks or months afterwards. Most side effects of radiotherapy only last for a few days or weeks after treatment has finished.
Tak banyak sangat kesan radioterapi yang aku rasa dulu. Cuma bahagian kulit yang kena radioterapi saja yang terbakar sikit. Masa radioterapi tu, aku baring dan terapi diberi dalam masa beberapa minit. Panas sikit ja rasa kat bahagian kulit tu. Sebelum mula radioterapi, bahagian yang nak diberi terapi tu diukur, dan ditandakan dengan setitik dakwat bawah kulit (macam tatoo). Sampai sekarang still ada lagi tanda tu. Mestilah, kalau ditanda dengan marker pen kan boleh hilang kesan dia. Rawatan radioterapi yang aku buat ni 15 hari, setiap hari.
Lain orang, lain kesan sampingan radioterapi yang diterima. Bergantung kepada bahagian badan yang diberi radioterapi dan dos radioterapi yang diterima.

Subscribe to:
Posts (Atom)