Thursday 27 November 2014

Anak mengamuk

Hujan lebat tengahari itu, tatkala melewati pintu masuk sebuah shopping mall, kelihatan seorang anak lelaki sedang meraung teresak-esak, mungkin 6 ke 7 tahun umurnya aku mengagak. Di sisi kelihatan seorang lagi budak lelaki yang sedikit muda darinya, mungkin adiknya kot aku meneka (sebab pakai baju yang sama corak). Sebuah kereta berhenti di hadapan mereka, yang memandu seorang lelaki, mungkin bapanya teka ku lagi. Namun, satu peristiwa yang sangat membuat aku terkedu adalah apabila si ibu (kali ni aku yakin dengan tekaan aku) menampar pipi anak yang sedang meraung tu. Dan orang sekeliling semua hanya memerhati (termasuk aku). Geram, marah, sedih. Rasa nak tampar balik pun ada.

Sedih tengok bila anak dipukul, ditampar di khalayak orang ramai. Wahai ibu, kenapa begitu? Aku juga seorang ibu. Aku juga pernah marah anak-anak aku. Tapi, tak pernah aku tergamak bagi 'penampor buaya'. Apabila siang hari aku marah, malamnya tidurku dengan linangan air mata. Menyesal kerana hilang sabar dengan anak-anak syurga. Astaghfirullahalazim. Ampuni aku ya Allah..

Setiap kali apabila aku membawa kedua-dua anak ku (Syahmi 4 tahun, Syafi 2 tahun), mainan yang diminta. Setiap kali berhenti di Petronas untuk isi minyak, mesti nak masuk dalam kedai Mesra, nak beli mainan. Mula-mulanya aku melayan sahaja permintaan mereka. Tapi lama-lama aku perasan, apabila tuntutan tidak dipenuhi, mereka akan mengamuk. Kadang-kadang sampai berguling atas lantai. Aku pernah hilang sabar tapi aku jauhkan diri daripada anak. Takut lagi kuat syaitan menggoda. Suami aku akan sambung uruskan anak yang tengah mengamuk tu (bab pujuk anak memang aku salute ngan suami aku, sangat sabar..) Sejak daripada itu, aku sedar sesuatu perlu diubah!

Kini, bila jalan-jalan di shopping mall, aku abaikan saja permintaan mereka. Buat-buat tukar tajuk. Atau alihkan kepada sesuatu yang lain, contoh ajak main kat playground ka, ajak makan ka.. asalkan dia terlupa pasal mainan tu. Dulu, boleh kata setiap hari aku beli mainan, sekarang seminggu sekali pun jarang. Kadang-kadang  bagi juga as a reward.

Memetik satu artikel:
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.

Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.

Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.

Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?

Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:

Pastikan anak anda selamat.
Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
Jangan hukum anak anda.
Jangan berikan ganjaran.
Jika boleh, asingkan anak anda.
Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.

Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.

Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.

Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?

Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?

Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.

Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.

(Artikel ini yang ditulis oleh Dr Norharlina Bahar juga boleh dilihat di MyHealth Portal)

Mama sayang Syahmi dan Syafi ketat-ketat!! Jom main..



Tuesday 11 November 2014

Selamat tinggal kuala lumpur, apa khabar selangor..

Sebagai manusia, aku yakin bahawa hijrah bakal membawa kepada suatu perubahan yang positif. Hijrah hati, iaitu berazam dan meninggalkan amalan dan tabiat buruk, berubah menjadi manusia yang lebih baik dan lebih positif. Hijrah fizikal, iaitu perpindahan dari satu tempat ke satu tempat lain yang diharapkan dapat mengubah nasib dan keadaan seiring dengan hijrah hati yang dilaksanakan.

Keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas, perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.

Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Semoga hijrahku membawa 1001 kebaikan dan hikmah kepada semuanya. InsyaAllah.



Friday 8 August 2014

'Magic' Baby - part 2

Sepanjang tempoh kehamilan anak kedua, tiada alahan teruk yg aku alami. Jika nak dibandingkan masa mengandungkan Syahmi dulu tiap-tiap hari muntah. Cuma mengandung kali ni aku cepat letih, biasa la tu.. Selera makan, hmm.. macam biasa. Tak rasa mengidam apa-apa pun. Semua aku makan. Tak memilih, tak cerewet.

Masa kandungan aku berusia 3 ke 4 bulan, aku mengerjakan umrah bersama suami, mama dan adik aku. Syahmi masa tu berusia 16 bulan pun aku bawa sekali sebab tak tergamak nak tinggal dia. Masa mula masuk ke Tanah Haram, Syahmi senyum dalam tidurnya. Kali pertama melihat kaabah, Syahmi sujud, tanpa sesiapa suruh. Kenangan manis sewaktu tawaf mengelilingi kaabah, aku dapat rasakan anak dalam rahim aku pun turut sama bergerak. Seolah dia pun nak tawaf jugak. Hehe.. Semasa di Masjidil Haram, aku tak putus berdoa untuk ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, keluargaku. Mohon dipelihara Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Juga kemurahan rezeki dan rahmat Allah, serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Air zamzam rasa manis sangat kat sana. Rasa nak minum banyak-banyak. Selepas sepuluh hari di Mekah, kami berangkat ke Madinah. Alhamdulillah,  ibadah umrah berjaya kami sempurnakan. InsyaAllah kisah panjang umrah ni akan aku ceritakan dalam entri lain.

InsyaAllah kami akan kembali.
Aku menjalani pemeriksaan kehamilan dengan pakar O&G HUKM, Prof Norzi. Detailed scan menunjukkan bayi dalam kandunganku sihat, Alhamdulillah. Aku dijangka bersalin pada bulan puasa. Sempat aku berpuasa selama 12 hari, lepas tu aku dah tak boleh tahan. Rasa letih sangat. Bawak bekal ke pejabat, makan senyap-senyap. Mujur staf pejabat tu ramai perempuan. Hehe..

Lena di dalam..
Masa nak bersalin, risau jugak sebab aku tak pernah rasa sakit contraction tu macam mana. Waktu Syahmi dulu dah lebih 40 minggu, tiada contraction tapi jantung dah bradikardia. Terus tolak ke OT untuk emergency caeserian. Alhamdulillah Syahmi sihat. Waktu anak kedua ni, 40 minggu jugak, ada bleeding sikit. Terus pergi hospital. Jalan baru buka 2cm. Aku kena tahan wad sebab dah due 40 minggu. Kena induce, rasa sakit jugak la contraction tu. Lepas 24 jam di wad jalan baru buka 4cm. Doktor pecahkan air ketuban. Adoi!! Ni yang rasa sakit sangat. Jalan dah buka 6cm. Bila check jantung baby, dah tak jumpa. Terus tolak ke OT untuk emergency caeserian lagi sekali.

Masa dalam bilik OT, bila aku dengar ja bunyi baby nangis, rasa seronok sangat. Doktor letak baby atas perut aku. Wah.. panas suam-suam je rasa. Masa tengah jahit, baby didekatkan ke muka aku. Aku tatap wajahnya. Alhamdulillah. Sempat aku cium. Wanginya..

Selepas direhatkan, aku dihantar semula ke wad. Tak sabarnya nak peluk baby. Suami aku dah tunggu kat pintu. Dia dah azankan baby. Tunggu nak hantar aku ke wad je. Bila sampai kat wad, terus aku minta dengan nurse baby aku tu. Aku nak menyusu. Rezeki untuk menyusukan Syahmi dulu setakat 2 bulan je sebab aku kena menjalani rawatan kemoterapi. Kali ni aku berazam untuk menyusukan anak kedua ni sampai 2 tahun. Kali pertama dapat peluk dan cium baby sangat indah. Menyusukan baby itu satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Dalam entri lain la kalo nak cerita perjalanan penyusuan susu ibu ni. Panjang sangat..

Alhamdulillah,  zuriatku dan suami yang kedua ini dilahirkan cukup sempurna. Rasa bersyukur sangat kerana ini adalah zuriat yang suatu ketika dulu dikatakan berisiko. Alhamdulillah,  Allah merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Perancangan dan ketentuan Allah tiada siapa pun yang dapat menghalang. Kehadiran Syafi (penawar) dalam hidup aku, suami, Syahmi dan sekeluarga menambahkan keutuhan kasih-sayang kami. Semoga Syafi membesar menjadi khalifah Allah yang soleh dan penawar untuk keluarga ini. InsyaAllah.


Yakinlah dengan Allah. Mintalah petunjuk dari Allah. Berdoalah kepada Allah. AllahuAkbar. Tiada suatu apa pun dapat menidakkan kuasa Allah. Kun fa ya kun..

Sunday 29 June 2014

'Magic' Baby - part 1

Ramadhan tiba. Alhamdulillah,  aku rasa bersyukur sangat kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati Ramadhan. Teringat zaman sekolah dulu berpuasa, bertarawih, moreh kat surau (musolla taman sri nibong bersama BFF tersayang, Yamin), kalau bendera jepun naik, makan sorok-sorok (pun dengan yamin jugak, haha). Masa zaman kat universiti, sahur, berbuka, atur bazar ramadhan, shopping tudung raya dengan BFF lagi seorang, Ziha. Sama-sama cari penat, kiranya jalan TAR dan jalan masjid india tu kami yang punya.haha.. Indahnya zaman muda dulu..

Alhamdulillah, masih dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Bulan di mana Allah membuka pintu rahmat seluas-luasnya. Peluang untuk beribadah dengan sepenuh hati, merebut rahmat dari Allah. Dan apabila tibanya Syawal, hati mula sedih, apakah akan berpeluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.

Tapi, ada suatu memori Ramadhan yang telah menjadi kenangan yang paling manis dalam hidup aku. Aku telah melahirkan zuriatku yang kedua pada malam 25 Ramadhan. Alhamdulillah.. Ada kisah di sebalik sepanjang usia kandungan dari awal kehamilan, hingga kelahirannya.

Aku disahkan hamil anak kedua ketika usia anak sulung baru mencecah setahun. Masih terlalu awal kerana aku melahirkan Syahmi secara caeserian. Tapi, apa yang lebih merisaukan adalah aku disahkan hamil ketika baru selesai menjalani kemoterapi tiga bulan yang lalu, dan conceive semasa menjalani rawatan radioterapi. MasyaAllah..

Semasa aku disahkan menghidap Primary Mediastinal B-cell Lymphoma, sebelum rawatan kemoterapi dimulakan, doktor telah memberitahu akan risiko untuk tidak boleh mengandung lagi itu ada. Aku dijadualkan untuk suatu tempoh rawatan kemoterapi yang panjang iaitu selama 12 minggu. Aku dan suami redha dan pasrah menerima ketentuan Allah bahawa Syahmi adalah satu-satunya zuriat kami. Aku kemudian menjalani rawatan radioterapi, tanpa menyedari akan kewujudan satu nyawa lain di dalam rahimku. Hari terakhir radioterapi diberi, iaitu hari ke-15, aku rasa tak sedap hati dan terus buat pregnancy test apabila tiba di rumah. Apabila test menunjukkan positif, aku mula risau. Bimbangkan keadaan nyawa di dalam rahim aku. Suami aku? Dia senyum saja..

Pakar Hematologi pun terkejut akan berita ini. Mereka menasihatkan aku supaya jangan diteruskan dengan kandungan itu. Bimbang akan kesihatan baby yang bakal lahir dan kesihatan aku yang baru pulih dari penyakit aku. Pakar Obstetrik menasihati aku akan risiko yang bakal aku hadapi sekiranya aku masih mahu meneruskan dengan kandunganku. Namun keputusan di tangan aku. Aku buntu. Suami aku berkeras supaya teruskan dengan kandungan itu. Aku ingat lagi ayat suami aku,

"Kita nak dapatkan Syahmi dulu pun payah, ni Allah dah bagi senang-senang, takkan nak buang?!"

Aku risau, takut, macam-macam perasaan masa tu. Kalaulah bayi yang bakal lahir tak sempurna, itu adalah salah aku! Kalau aku teruskan juga, aku hanya menyiksa dia. Aku menjalani radioterapi, semasa dia sedang berehat di dalam rahim aku, tanpa apa-apa perlindungan. Itu salah aku!

Semasa kandungan baru 6 minggu, di saat aku keliru untuk meneruskan kandungan atau tidak, aku menjalani ujian ultrasound. Dan di saat aku nampak di paparan skrin, jantung yang berdegup laju, dan seolah ada suatu suara yang minta diselamatkan, aku nekad, walau apa pun terjadi, aku akan teruskan dengan kandunganku, dan walau apa pun keadaannya nanti, aku akan menjaga dan takkan berkurang walau sedikit kasih-sayangku.

(End of pt.1)

Wednesday 28 May 2014

Stem Cell Transplant

Apa yang bakal aku coretkan di sini adalah daripada pengalaman aku sendiri. Dulu, aku tak tau  apa tu transplant. Implant gigi aku tau la.. (itu pun tengok  lecturer aku buat masa zaman student dulu. Bila kerja aku tak pernah buat lagi, setakat ni..)

Berdasarkan apa yang aku paham, Stem Cell Transplant adalah infusi sel stem yang sihat ke dalam badan untuk menggantikan sel stem yang dah rosak atau berpenyakit. Transplant sel stem ini adalah dilakukan dalam rawatan penyakit berkaitan darah seperti leukemia, limfoma atau myeloma. Transplant sel stem boleh membantu menghasilkan sel-sel darah yang sihat. Stem cell transplant juga dikenali dengan nama-nama lain seperti bone marrow transplant, peripheral blood stem cell transplant ataupun umbilical cord blood transplant, bergantung kepada sumber/lokasi sel stem itu sendiri. Stem cell transplant menggunakan sel dari badan sendiri (autologous stem cell transplant), daripada penderma (allogeneic stem cell transplant) atau daripada kembar seiras (syngeneic transplant).

Dalam kes aku, aku menjalani autologous stem cell transplant daripada peripheral blood stem cell. Dalam bahasa mudahnya, aku adalah penderma sel stem kepada badan aku sendiri, di mana sel stem yang sihat diambil daripada salur darah (peripheral blood), dan infusi sel stem yang sihat juga melalui salur darah.

Selepas menjalani beberapa sesi kemoterapi dan radioterapi, apabila doktor mengesahkan aku berada dalam keadaan 'remission' (senang paham, sel kanser dah mati), aku dinasihatkan untuk menjalani proses harvesting, iaitu proses untuk mengumpulkan sel stem yang sihat. Sel stem yang sihat akan disimpan dan digunakan sewaktu transplant nanti. Aku dimasukkan ke ward Unit Transplantasi Sel Stem, Pusat Terapi Sel HUKM Setiap hari akan dicucuk ubat untuk meningkatkan sel dalam sumsum tulang. Hari pertama, kedua, ketiga, tak rasa apa pun. Cucuk ubat pun kat bahu ja, tak la sakit sangat. Masuk hari keempat, pinggang aku mula sakit. Sakit teramat sampai tak boleh nak bangun sendiri. Nak berjalan pun kena papah. Masa nak harvesting ni, aku diberi kemoterapi juga. Badan memang letih kesan daripada kemoterapi yang diterima, ditambah dengan sakit pinggang yang teramat sangat.

Setiap hari kena check darah. Bila sel dah mula meningkat, maka proses harvesting pun dilakukan. Aku dibawa masuk ke sebuah bilik lain. Ada satu mesin kat sebelah katil aku tu. Tak pernah aku tengok mesin tu.
Ni la mesin untuk harvesting. Aku dah lupa nama dia. Proses harvesting mengambil masa lama jugak. 2 ke 3 jam jugak la. Tak boleh bangun nak ke mana-mana pun. Baring ja kat situ. Kalau rasa nak berurusan di toilet, atas katil je laa.. Ni ada lagi satu gambar wayar berselirat kat mesin tu.
Daripada salur darah, darah akan dialirkan keluar, masuk melalui mesin, ditapis dan bakinya kembali ke dalam salur darah. Maknanya ada satu tiub yang mempunyai dua cabang kena cucuk kat salur darah yang besar. Satu untuk darah keluar, satu untuk darah masuk. Dalam kes aku, doktor ambil peripheral blood ni melalui femoral line. Aku ada ambil gambar, tapi takkan nak tunjuk kat sini. Hehe.. Bila darah dah ditapis, semua sel stem yang diperlukan dapat dikumpul. Yang tak perlu dikembalikan kepada badan. Alhamdulillah sel stem yang berjaya dikumpul 11.7 juta. Aku dikira bertuah sebab ada sesetengah pesakit nak dapat 2 juta pun payah. Kena buat proses harvesting ni berulang kali. Daripada sel stem yang dah dikumpul tu, doktor akan mengira berapa banyak sel yang badan aku perlukan. Masa transplant tu, aku pakai 7.8 juta sel. Baki sel ada lagi tersimpan kat bank.

Dah selesai bab harvesting, kita cerita pulak bab transplant. Prosesnya macam biasa, aku diberikan ubat kemoterapi yang kuat untuk mengosongkan sumsum tulang. Kemudian sel stem dimasukkan dan aku hanya perlu menunggu supaya sel yang sihat tu berkembang. Proses transplant ni memang sangat-sangat menguji kesabaran aku sebab ubat kemoterapi yang diberi sangat kuat. Tambah pulak kena duduk wad lama, jauh daripada anak-anak, mama, abah.. Tiada pelawat dibenarkan kerana dikuarantin. Suami aku saja yang boleh jaga. Itu pun nak masuk bilik dia kena betul-betul bersih. Kena pakai hospital punya attire and facemask.

My husband..selfie pulak..hehe..
Rindu kat anak-anak tu tak payah cakap la. Tiap-tiap malam mimpikan anak. Aku sambut harijadi pun kat wad masa tu. Makan makanan hospital. Suami aku nak beli kek tak boleh sebab takut infeksi daripada makanan luar yang diragui tahap kebersihannya. Telefon anak kat rumah, dia nyanyi lagu 'happy birthday to mama' (of course dalam bahasa dia). Hai lagi la berkobar nak balik.. Tiga minggu aku ditahan di wad. Setiap hari kena check darah. Bila pakar dah pasti sel stem tu dah mula membiak, baru aku dibenarkan balik.

Ini jadual protokol transplant yang dah ditetapkan untuk aku. Aku ditetapkan protokol BEAM. 22hb doktor cari vein yang besar untuk insert line. Ini pakar radiology yang buat sebab tak boleh blindly insert. Kena buat under radiography, dengan ultrasound, contrast, scan bagai.. nurse ngan MA kat situ pun dah kenal aku. Regular customer la katakan. Hehe.. Bila dah ada line (femoral line), maka hydration dimulakan, dengan ubat-ubat lain.

Keesokan harinya baru dimulakan kemoterapi selama enam hari. Hari pertama Carmustine. Hari kedua, ketiga, keempat dan kelima Etoposide dan Cytosine arabinoside. Hari keenam Melphalan. Semua ubat kemoterapi yang aku dapat ni sangat kuat. Asyik nak baring ja. Rasa letih sangat. Masa kemoterapi, hari dikira secara menurun (countdown). Maka, hari ketujuh (maknanya hari 0) transplant dilakukan.
Dalam beg warna merah pucat tu stem sel. Jumlah semua 4 beg.
MO dan nurse sedang berusaha melakukan proses transplant.



 Lepas transplant, aku pun menanti dengan penuh sabar sampai la sel darah mula naik. Masa ni la yang betul-betul menguji kesabaran aku sebab kesan kemoterapi dah mula terasa. Mulut, lidah lelangit, anak tekak, tekak semua ada ulser. Aku tak boleh makan, minum, bercakap, nak telan air liur pun payah. Sakit tu tak payah cakap la. Sampai kena bagi morphine 4-hourly IM.  Doktor ambil keputusan bagi aku TPN (makan ikut salur darah). Lima hari jugak la aku dijamu ngan TPN ni. Dalam TPN ada semua nutrisi yang badan perlukan dalam bentuk yang paling ringkas. Contohnya glukosa, asid amino, lipid dan lain-lain vitamin dan mineral. Bila dah masuk salur darah, semua nutrisi tu akan diserap terus, tanpa melaui proses pencernaan di perut. Dalam erti kata lain, perut aku kosong sepanjang lima hari tu, sampai terkeluar muntah kuning. Dah lima hari tak makan, tak minum, aku paksakan diri juga minum seteguk milo tengah malam tu. Alhamdulillah, lega sikit. Keesokan paginya, waktu sarapan, aku diberi bubur. Habis semangkuk. Hehe..

Kesan morphine yang diberi tu menyebabkan aku mengalami sedikit halusinasi. Bila pejam ja nampak benda bergerak. Takut jugak masa tu. Selain itu, aku juga mengalami cirit-birit, muntah-muntah. Letih sangat. Platelet aku mula kurang menyebabkan selalu bleeding masa cirit-birit tu. Sel darah putih pun berkurang, aku demam. Bila dah demam, lagi la letih. Aku sembahyang pun atas katil. Nak pi toilet pun kena papah. Ada dua ke tiga kali aku ambil wudhuk atas katil ja. Nak mandi jauh sekali. Setakat lap-lap badan ja la. Semua tu suami aku yang uruskan. Terima kasih..

Hari keempat belas, sel darah aku mula menunjukkan tanda-tanda semakin meningkat (hari-hari kena check darah). Aku dah mula boleh berjalan, makan, dah uruskan diri sendiri. Tapi masih lemah lagi. Aku minta dengan pakar untuk pulang ke rumah, sebab dah terlalu rindu sangat ngan anak-anak (tiga minggu tak jumpa woo..). Pakar izinkan sebab dah nampak banyak perubahan yang positif.

Alhamdulillah, aku berjaya melalui dugaan yang berat ini. Terima kasih kepada pakar yang merawat iaitu Prof S. Fadillah yang sentiasa senyum dan memberi kata-kata semangat sepanjang aku di wad. Terima kasih juga kepada semua nurse wad transplant yang sabar melayani kerenah aku. Terima kasih kepada PPK yang selalu hantar makanan pujuk aku makan, walaupun aku tak boleh nak makan sebab sakit mulut. Terima kasih kepada suami aku yang sabar melayan kehendak dan perangai aku masa sakit. Terima kasih kepada mama dan abah yang tak putus-putus mendoakan kesihatan aku. Terima kepada anak-anak, Syahmi dan Syafi yang sering menanggung rindu yang tak terucap saat berjauhan dengan aku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya. Amin..

Wednesday 30 April 2014

Positron Emission Tomography

Panggilan ringkasnya, PET-CT scan. Dah 5 kali aku buat di Pusat Perubatan UKM, tidak termasuk sekali di Hospital Putrajaya. So, Total semua 6 kali.

Ni, aku cedok dari website lain.

A positron emission tomography (PET) scan is a unique type of imaging test that helps doctors see how the organs and tissues inside your body are actually functioning.
The test involves injecting a very small dose of a radioactive chemical, called a radiotracer, into the vein of your arm. The tracer travels through the body and is absorbed by the organs and tissues being studied. Next, you will be asked to lie down on a flat examination table that is moved into the center of a PET scanner—a doughnut-like shaped machine. This machine detects and records the energy given off by the tracer substance and, with the aid of a computer, this energy is converted into three-dimensional pictures. A physician can then look at cross-sectional images of the body organ from any angle in order to detect any functional problems.
A PET scan can measure such vital functions as blood flow, oxygen use, and glucose metabolism, which helps doctors identify abnormal from normal functioning organs and tissues. The scan can also be used to evaluate the effectiveness of a patient’s treatment plan, allowing the course of care to be adjusted if necessary.
Currently, PET scans are most commonly used to detect cancer, heart problems (such as coronary artery disease and damage to the heart following a heart attack), brain disorders (including brain tumors, memory disorders, seizures) and other central nervous system disorders.





Ni lah mesin scan tu. Lebih kurang macam CT scan biasa juga. Bezanya sebelum scan, aku diberi radioactive chemical yang diinjek ke dalam salur darah. Lepas tu, aku diminta untuk baring, kurangkan pergerakan dalam masa 45 minit ke sejam camtu. Masa scan tu dalam 20 ke 30 minit. Waktu nak dimasukkan contrast dalam salur darah (sebelum scan kena insert branula kat tangan) rasa pedih sebab contrast tu pekat dan kena masuk 3ml per second. Menjerit jugakla dalam hati sebab tengah scan mana boleh bergerak. Walaupun beberapa saat saja masa untuk auto inject contrast tu, sakit tu.. haish.. rasa panas ngan kebas kat tangan. Bila contrast tu dah start berjalan dalam badan, oklah. Hilang sakit tu.

Badan dah diinjek dengan bahan radioaktif. Maka aku adalah umpama radioaktif bergerak selama 24 jam. Tak boleh duduk dekat dengan orang lain. Takut memudaratkan orang. Paling kesian anak-anak la. Kesian, boleh tengok saja tapi tak boleh pegang. Dah habis tempoh 24 jam, apa lagi, kena 'gomoi' la anak-anak aku  tu. Hehe..

Pernah juga buat PET-CT masa breasfeeding dulu. Ini yg paling kesian, dah la tak boleh pegang, menyusu jauh sekali la. Pam dan buang saja. Paling sedih tengok anak tu. Hilang nenen, dengan mama sekali untuk satu malam. Esoknya, lepas geram la dia. Hehe..

Staf kat kaunter PET-CT tu pun dah cam aku. Masa nak register, tengok muka ja, tak perlu bagi nama. Iye lah, aku kan regular customer kat situ. Hehe..

Kesan-kesan Radioterapi

Kali ini, aku nak ceritakan kesan-kesan radioterapi pulak.

I had 15 cycles of radiotherapy, (which i can't remember the dose, sorry!) on my mediastinal area. Radiotherapy affects different people in different ways and it is difficult to know exactly how you will react to the treatment. For some patients side effects are mild, while others experience more severe effects. Some side effects begin during treatment whereas others can appear weeks or months afterwards. Most side effects of radiotherapy only last for a few days or weeks after treatment has finished.

Tak banyak sangat kesan radioterapi yang aku rasa dulu. Cuma bahagian kulit yang kena radioterapi saja yang terbakar sikit. Masa radioterapi tu, aku baring dan terapi diberi dalam masa beberapa minit. Panas sikit ja rasa kat bahagian kulit tu. Sebelum mula radioterapi, bahagian yang nak diberi terapi tu diukur, dan ditandakan dengan setitik dakwat bawah kulit (macam tatoo). Sampai sekarang still ada lagi tanda tu. Mestilah, kalau ditanda dengan marker pen kan boleh hilang kesan dia. Rawatan radioterapi yang aku buat ni 15 hari, setiap hari.

Lain orang, lain kesan sampingan radioterapi yang diterima. Bergantung kepada bahagian badan yang diberi radioterapi dan dos radioterapi yang diterima.

Monday 27 January 2014

Kesan-kesan Kemoterapi

Selepas menjalani 3 cycles of MACOPB, 9 cycles of Rituximab, 3 cycles of ICE, 3 cycles of DHAP and one cycle of EPOCH, aku paham sangat dah macammana yang dikatakan kesan-kesan kemoterapi. Apa yang bakal aku coretkan adalah hasil pengalaman aku sendiri selama 3 tahun lebih ni.

Jika nak disebutkan setiap satu nama ubat chemo yang aku dapat, banyak sangat sampai aku pun tak ingat nama dia. Aku cuma ingat regime chemo tu saja. Setiap ubat chemo kesannya berbeza-beza, dan tahap penerimaan individu juga berbeza. Aku rangkumkan semua menjadi satu kesimpulan yang kesan chemo memang dahsyat. Ya.. dahsyat.. Tapi Alhamdulillah. Aku berjaya mengharungi semua berkat sokongan suami dan anak-anak, mama dan abah. Jika aku sendiri, mustahil aku boleh bangun macam hari ini. Terima kasih Ya Allah atas peluang yang diberikan.

Dulu masa aku student, masa ward round kat hospital, aku cuma mampu tengok saja patient chemo ni macam mana. Aku tak paham pun apa yang mereka rasa. Bila dah masuk alam pekerjaan, sama juga, aku ada patient yang ada cancer. Tapi still aku tak ada apa-apa perasaan. Waktu tu, tujuan aku hanyalah merawat, dan memberi keselesaan kepada pesakit. Bila dah jadi kat diri sendiri, baru aku paham.. ooo.. Camni rupanya kemo..

 

Biar aku cerita satu-persatu..

TIREDNESS
Keletihan yang tak dapat nak dibayangkan. Rasa bisa sangat satu badan. Rasa nak baring ja. Ini immediate effect after ubat chemo masuk. Pastu ok dah, dah boleh berlari. Hehe..Kena lawan rasa letih ni. Kena makan baru ada tenaga. Memang la kurang selera, tapi paksakan diri tu.

DIGESTIVE SYSTEM
Rasa loya nak termuntah tu biasa. Tapi selalunya sebelum chemo Doktor akan bagi anti-emetik untuk kurangkan rasa mual. Ada ubat yang aku tak mual langsung. Tapi ada gak ubat yang lepas sejam dua chemo terus muntah dengan berjayanya.. Hehe.. sori Cik Nurse, saya muntah atas katil lagi..
Ada jugak ubat yang buat ulcer penuh satu mulut. Ni la azab yang aku rasa perit nak tahan. Ya la, nak telan air liur payah, nak makan payah, nak cakap payah, nak gosok gigi pun payah..Haishh.. Masa ni aku dengan husband aku cakap bahasa isyarat ja. Takpun saling bertukar nota. Hehe.. lucu pun ada terkenang zaman tu. Yang boleh aku makan bubur blend ja. Masa tu anak sulung aku pun baru tumbuh gigi, baru nak belajar makan. Mama aku prepare bubur bagi kami dua-dua makan. Alhamdulillah.. Kalau dah boring, aku order ja pizza hut punya mushroom soup tu, hirup semangkuk dengan straw, pun kenyang. Kalo dah tak lalu sangat, aku minum milo ja. Jadi la daripada biar perut kosong.
Ada sekali tu, masa nak buat stem cell transplant (nanti aku cerita pasal transplant dalam entry lain), 5 hari aku tak boleh makan, tak boleh minum, apalagi nak bercakap. Ulser mulut dan tekak yang sangat teruk. So, Prof yang merawat aku decide untuk bagi makan melalui TPN je la. TPN tu satu beg 1.5L  cecair seakan warna susu yang mengandungi nutrisi yang badan perlukan dalam bentuk yang paling ringkas. Contohnya glukosa, asid amino, lipid, vitamin, mineral dan elektrolit yang lain. Masuk terus melalui salur darah. Memang boleh support badan untuk bertenaga, tapi perut tetap lapar! Sampai muntah keluar asid perut, pahitnya! So, hari keenam, paksakan diri minum milo sejuk sekotak. Keesokkannya, aku beranikan diri makan bubur. Habis semangkuk! Hehe..
Ada jugak ubat yang buat kita sama ada cirit-birit atau pun sembelit. Tapi doktor ada bagi ubat nak overcome problem tu. 

BLOOD CELLS
Ubat chemotherapy juga mampu menghentikan bone marrow daripada terus menghasilkan sel-sel darah yang baru, iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Sel darah merah bertanggungjawab membawa oksigen dalam darah. Jika berlaku kekurangan oksigen dalam badan, badan akan rasa letih. Selalunya doktor akan pantau bilangan hemoglobin dalam darah. Tranfusi darah akan diberi jika dirasakan perlu. Kadang-kadang rasa menyesal sebab masa sihat dulu tak pernah nak derma darah. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada tuan punya darah yang banyak dah masuk dalam badan aku ni.
Platelet penting untuk pembekuan darah. Kalau platelet tak cukup, nanti cepat bruising. Lagi teruk kalau start bleeding if terkena sesuatu, takut lambat darah nak beku. Contohnya masa gosok gigi. Platelet pun akan di top-up sekiranya perlu.
Sel darah putih yang berkurang meningkatkan risiko terkena jangkitan. Selalunya efek ni bukan immediate. Seminggu selepas kemo baru nampak counts semua turun. Ini yang nak kena jaga-jaga. Kalau demam, susah wooo.. antibiotik kaw-kaw punya doktor akan bagi. Cucuk sana cucuk sini nak tau punca demam tu. So, lepas chemo, pandai-pandailah isolate diri sendiri. Pastikan persekitaran bersih. Makan makanan yang betul-betul masak sepenuhnya. Jangan berkumpul tempat yang ada crowd yang ramai. Berkurung dalam rumah pun takpa, sampai count dah back to normal balik.

HAIR, SKIN AND NAILS
Ada ubat kemo yang buat rambut gugur sikit-sikit ja. Ada jugak yang lepas kemo dua-tiga hari, pegang ja terus rambut jatuh. aku tak sedih sangat pasal rambut ni sebab rambut boleh tumbuh balik. Tapi masa mula-mula rambut gugur tu, mama aku nangis ja. Kesian pulak aku tengok. Padahal aku ok ja. Abah aku pun sebak tgk anaknya yang botak ni. Hehe.. Husband aku pernah nyanyi untuk aku lagu Exist Masih Terserlah Ayumu.. Part hujung chorus tu.. "Masih terseelah ayunya wajahmu.. walaupun botak.." hahaha..lawak Husband aku ni, cuba nak bagi aku tak sedih. Ada ubat yang bukan setakat kepala botak, satu bulu pun tadak kat badan. Mama aku pernah tegur apsal lubang hibung nampak besar. Hmm.. bulu hidung tadak ma.. Kening, bulu mata pun hilang. Macam kartun muka aku masa tu. Tapi pastu dia tumbuh balik.
Ubat chemo pun boleh buat kulit kering. So banyak minum air. Kena sentiasa bersih. Takut gatal-gatal kulit. Kulit aku yang putih la jugak dulu dah nampak cam terbakar dah sebab panasnya ubat kemo tu. Tapi lama-lama kembali ke warna kulit asal. Ok ja. Kuku pun boleh nampak hitam, kadang-kadang berbelang-belang.

NERVES
Selepas kemo, kerap jugak aku rasa kebas-kebas di hujung jari. Rasa nak pegang apa pun tak puas. Tapi effect tu hilang dalam sebulan lebih. Lidah pun rasa kebas gak. Semua makanan rasa tawar. Manis, masin, pahit, masam, apa pun tadak..
Ada satu ubat chemo tu yang effect aku punya hearing. Telinga jadi pekak sebelah kejap. Tak lama pun. Cuma dengar tak puas ja.
Mata aku pun penah effect sebab kemo ni. Merah berair ja.. Dalam seminggu. Pas doktor bagi ubat, ok la dia.

KIDNEYS, LUNGS, HEART, LIVER
Some chemotherapy can cause changes in the way our kidneys, lungs, heart and liver work. The changes are usually temporary and go back to normal when the treatment ends.

SEX AND FERTILITY
Aku tak nafikan kesan kemoterapi ni sedikt sebanyak mengganggu kehidupan suami isteri. Doktor pun dah sahkan ada ubat kemo yang aku terima bakal menjadikan aku tidak lagi berupaya hamil. Aku dan suami pernah terfikir dan redha jika sekiranya Syahmi adalah satu-satunya anak yang Allah anugerahkan kepada kami. Tapi, perancangan Allah itu yang terbaik. Aku hamil anak kedua. Syafi hadir menyerikan lagi rumahtangga kami. Alhamdulillah.

Kesimpulannya di sini, Ingatlah pada Allah. Mintalah pada Nya. Hati kita ini Allah yang pegang. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Yakinlah dengan Allah.
Masa-masa macamni, harta wang ringgit sikit pun tadak nilai. Masa yang ada gunakanlah untuk mengingati Allah. Sokongan suami, anak-anak, mama dan abah amat-amat aku hargai, dan aku kenang sampai bila-bila. Allah sahajalah yang mampu membalas budi kalian.

Lawan, fight back. Never give up!!

Sunday 26 January 2014

Tonsillectomy

Selepas beberapa cycles of chemo (towards the end of my complete regime of chemotherapy), PET-CT scan showed ada SUV uptake on both my tonsils. Hal ini sangat-sangat menyedihkan aku. Takut dengan macam-macam kemungkinan. Adakah limfoma aku tu dah bergerak ke tonsil atau apa-apa lagi.. Haishhh.. Menangis gak la aku time tu. so, Pakar Hematologi Prof Fadhilah menasihatkan aku supaya menjalani tonsilectomy. Dalam hati aku? Of course risau sebab procedure tu kena buat under general anaesthesia. Kecut perut gak la.

Selalunya procedure tonsillectomy ni dijalankan atas children if:
  • A bacterial infection causing tonsillitis doesn't improve with antibiotic treatment
  • An infection that results in a collection of pus behind a tonsil (tonsillar abscess) doesn't improve with drug treatment or a drainage procedure 
So, dalam kes aku ni. tonsil aku membengkak tanpa aku sedar. Aku tak ada tanda-tanda demam pun. Tapi dalam PET-CT scan ada SUV uptake. So solutionnya adalah to remove the tonsils to exclude lymphoma. hai, risau..risau..

Procedure tu sekejap saja. I was the first on the OT list that Friday morning. Dah masuk dalam OT room tu, sejuk mak aiii.. Oklah, Pakar Anestetik pun introduce diri dia kalo tak silap Dr Teh, and Surgeon yang buat tu Pakar ENT Prof Razif. Thank you so much for your hardworks. Procedure tu 45 minit ja, simple.

Selepas procedure, aku rehat. Minum air pun pakai straw. Habis ja bius terasa perit ja kat tekak. Prof Razif datang kat aku, advice supaya aku jangan berhenti makan. Kalau nak cepat baik kena makan. SENTIASA MAKAN. Ada MO tu pulak advice aku jangan makan bubur, makan nasi terus. Aku terpinga. Boleh ka? kan sakit..? Tapi nasihat depa aku ikut jugak. Memang perit gila. Azabnya Allah saja yang tau. Telan air liur pun sakit oiii..

Alhamdulillah, i was fully recovered after 2 weeks, with no major complication. The healing process went well. Cuma result biopsy tonsil tu pulak camna.

Next appoinment aku dengan Pakar Hematologi, Prof Fadhilah revealed the result. Alhamdulillah, it was just an infection of the tonsils. Lega.. So, boleh terus proceed dengan stem cell transplant. Alhamdulillah.

p/s: Abah kata "tu lubang mulut dah besaq skit tu kena control makan la sama. Nanti tak perasan dah termasuk banyak.hahahah.."abah berseloroh. Masa aku dok sakit mulut tu, sempat lagi dok buat lawak.

Bone Marrow Aspiration and Biopsy

Bone marrow biopsy and bone marrow aspiration are procedures to collect and examine bone marrow — the spongy tissue inside some of your larger bones. Bone marrow biopsy and bone marrow aspiration can show whether your bone marrow is healthy and making normal amounts of blood cells. Doctors use bone marrow biopsy and aspiration to diagnose and monitor blood and marrow diseases, including some cancers.
Bone marrow has a fluid portion and a more solid portion. In bone marrow aspiration, your doctor uses a needle to withdraw a sample of the fluid portion. In a bone marrow biopsy, a larger needle is used to take a sample of the solid part.
Bone marrow biopsy and bone marrow aspiration are often done at the same time. Together, bone marrow biopsy and aspiration may be called a bone marrow exam.

Bone marrow biopsy and bone marrow aspiration offer detailed information about the condition of your bone marrow and blood cells. Your doctor may order a bone marrow exam if blood tests, such as cell counts, are abnormal or don't provide enough information about a suspected problem. Examining bone marrow gives a detailed picture of the types, amount and condition of forming blood cells.
Your doctor may perform a bone marrow exam to:
  • Diagnose a disease or condition involving the bone marrow or blood cells
  • Determine the stage or progression of a disease
  • Check iron levels and metabolism
  • Monitor treatment of a disease
Bone marrow biopsy and aspiration may be used for many conditions. These include:
  • Anemia
  • Bone marrow disorders, such as myelodysplastic syndrome and myelofibrosis
  • Blood cell conditions in which too few or too many of certain types of blood cells are produced, such as leukopenia, leukocytosis, thrombocytopenia, thrombocytosis, pancytopenia and polycythemia
  • Cancers of the blood or bone marrow, including leukemias, lymphomas and multiple myeloma
  • Cancers that have spread from another area, such as breast, into the bone marrow
  • Hemochromatosis
  • Infections
A bone marrow biopsy and a bone marrow aspiration offer different, but complementary, information about your bone marrow cells. The two procedures are most often performed together. In some cases, you may need only an aspiration.
Source : www.mayoclinic.org


 Aku sudah melalui pengalaman ni.. dah 3 kali.. Alhamdulillah.

Saturday 25 January 2014

My femoral lines

Dalam bidang perubatan, central venous catheter ("central line", "CVC", "central venous line" or "central venous access catheter") adalah catheter yang dimasukkan ke dalam vena major di leher (internal jugular vein), dada (subclavian vein or axillary vein) atau groin (femoral vein).

Terdapat beberapa jenis central venous line (CVL):
  1. Non-tunneled
  2. Tunneled
  3. Implanted port
  4. PICC
  5. Monoluminal, biluminal atau triluminal (bergantung kepada bilangan lumen yang ada)
I was diagnosed with Primary Mediastinal B- cell Lymphoma 1b back in 2011. Sejak dari itu HUKM ni dah jadi rumah nombor dua bagi aku. Tapi sekarang aku dah sihat. Alhamdulillah.  Saja nak kongsi pengalaman dan memberi keyakinan kepada orang yang senasib dengan aku supaya tidak putus asa. Allah itu ada, mintaklah padaNya.

Masa mula-mula sakit (sebelum rawatan dimulakan), kebanyakan vena major di bahagian atas badan ada thrombosis (darah beku dalam salur darah). Houseman on duty memang susah nak insert branula kat tangan aku. Dah la salur darah kecil, darah cepat clot pulak tu. Hai..kesian houseman, kesian lagi kat aku yg menanggung sakit kena cucuk banyak kali ni. Dalam satu hari, 3 ke 4 kali houseman tu cuba nak insert branula. Sampai aku menangis sebab sakit sangat. Aku ingat lagi nama dia Dr Julian. Thrombosis pada salur darah aku banyak, Internal Jugular Veins, Brachiacephalic Veins, Subclavian Veins, dan Superior Vena Cava. This is because the lymphoma compressing on the mediastinal area compromised all these veins to carry blood properly. Sebab tu darah cepat clot.

 Ini contoh branula.

Maka pakar pun decide supaya cuba insert PICC. Seperti yang diduga, failed sebab PICC tu tempat dia kat lengan. Sempat kemo sekali ja dengan PICC, esoknye dah tak boleh guna. Bengkak sebelah tangan. Hmm.. Lepas tu pakar decided to place a chemoport on my chest. Sebab I would be going through several cycles of chemo. Dengan implanted chemoport ni senang la sket. Boleh bertahan lama dalam badan. Kalau tak silap 2 tahun kot. Harapan menggunung agar bejaya. Hmm..gagal juga, twice.. Dua-dua kali tak boleh pakai. Aku pun macam dah give up. Once again they wanted to place a triple lumen on my neck. A BIG NO TO THEM, SORRY! I'D HAD ENOUGH!

So, final option yang ada was to insert a triluminal on my femoral vein. Kawasan groin kena jaga betul, silap-silap takut infection masa chemo boleh demam. So aku pun berjaya menjaga femoral line aku sebaik-baiknya. Setiap kali chemo kena cucuk femoral line dulu. Mula-mula rasa geli masa doktor nak palpate kat mana vein and artery. Geli oii..! Pastu sakit sikit masa nak bagi local anaesthesia. Bila bahagian tu dah kebas, baru la doktor cucuk needle masuk. If the needle betul-betul masuk dalam vein memang tak sakit, cuma rasa geli sikit ja masa nak masukkan wayar. If the needle was misguided, mak oi sakit gila..! Sepanjang tempoh aku sakit, almost 10x femoral line was inserted. I went hrough several cycles of chemo. Sebab tu la. Femoral line paling lama bertahan pun 3 minggu ja. So, aku redha.

 Antara kegunaan cental line yang dapat aku senaraikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri:

  1. Chemotherapy
  2. Long-term intravenous antibiotics
  3. Peripheral blood stem cell collection
  4. Frequent blood draws
  5. Frequent or persistent requirement for intravenous access
  6. Need for intravenous therapy when peripheral venous access is impossible
  7. Blood transfusion
  8. Rehydration
  9. Medication
  10. Stem cell transplant
Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat sebab dah melalui pengalaman ini. Ujian Allah adalah peluang kepada aku untuk sentiasa mengingati dan dekat denganNya.


Wednesday 22 January 2014

Syahmi's favourite song

Sahabat selamanya. Ini antara lagu yg first syahmi nyanyi untuk aku. Syahmi sangat suka menyanyi.
SAHABAT SELAMANYA

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..
Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeda untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…
Tak ada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…

p/s: syahmi is my eldest son.

Tuesday 21 January 2014

DLBCL-primary mediastinal B-cell lymphoma

Diffuse Large B-Cell Lymphoma (DLBCL) 

Lymphoma is the most common blood cancer. The two main forms of lymphoma are Hodgkin lymphoma and non-Hodgkin lymphoma (NHL). Lymphoma occurs when cells of the immune system called lymphocytes, a type of white blood cell, grow and multiply uncontrollably. Cancerous lymphocytes can travel to many parts of the body, including the lymph nodes, spleen, bone marrow, blood, or other organs, and form a mass called a tumor. The body has two main types of lymphocytes that can develop into lymphomas: B-lymphocytes (B-cells) and T-lymphocytes (T-cells).

Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL) is the most common form of NHL, accounting for up to 30 percent of newly diagnosed cases in the United States. DLBCL is an aggressive (fast-growing) lymphoma. It can arise in lymph nodes or outside of the lymphatic system, in the gastrointestinal tract, testes, thyroid, skin, breast, bone, or brain. Although DLBCL is the most common form of NHL, there are several subtypes that may affect the prognosis (how well patients will do with standard treatment) and treatment. For example, DLBCL that only affects the brain is called "primary central nervous system lymphoma" and is treated differently than DLBCL that affects areas outside of the brain. Another example is "primary mediastinal B-cell lymphoma" which often occurs in younger patients and grows rapidly in the chest (mediastinum)

Often, the first sign of DLBCL is a painless rapid swelling in the neck, armpit, or groin, which is caused by enlarged lymph nodes. For some patients, the swelling may be painful. Other symptoms include night sweats, unexplained fevers, and weight loss. Most patients with DLBCL are adults, although this lymphoma is sometimes seen in children. 

Treatment Options

Because DLBCL advances very quickly, it usually requires immediate treatment. A combination of chemotherapy and the monoclonal antibody rituximab (Rituxan) with or without radiation therapy can lead to a cure in a large number of people with this form of lymphoma.

The most widely used treatment for DLBCL is R-CHOP, which is a mixture of rituximab and several chemotherapy drugs (cyclophosphamide, doxorubicin, vincristine, and prednisone). When treating patients with DLBCL, doctors may also add etoposide (Vepesid), another chemotherapy drug, to R-CHOP, resulting in a drug combination called R-EPOCH.

For many patients, DLBCL does not return after initial treatment; however, for some patients, the disease does return. For patients where the disease becomes refractory (disease does not respond to treatment) or relapses (disease returns after treatment), secondary therapies may be successful in providing another remission or a cure.

A stem cell transplant is the treatment of choice for DLBCL patients whose cancer has returned or relapsed. High-dose chemotherapy coupled with a stem cell transplant can be used to treat patients with DLBCL who have failed initial chemotherapy, but are responsive to a second chemotherapy regimen. The majority of patients undergoing a stem cell transplant will receive their own stem cells (known as an autologous stem cell transplant). Occasionally, a patient will receive stem cells from a donor (known as an allogeneic stem cell transplant). For patients who are not candidates for stem cell transplant, there are various multiagent chemotherapy regimens used for treatment, and there are several clinical trials investigating new combinations of agents. 

Source: Lymphoma Research Foundation

Monday 20 January 2014

Di sini..


Di sini tempatnya
Hari ini bermulanya
Setelah sekian lamanya

Semoga permudahkan
Dengan izin-Nya
InsyaAllah..

Tuesday 14 January 2014

New phone

Alhamdulillah.  Akhirnya merasa jugak beli phone baru, setelah sekian lama.lama betoi bertahan galaxy sII aku tu.ingat lagi masa beli tu sII baru launching satu hari, terus aku sambar guna duit claim insurans.haha..insurans apa?nanti lain kali la cita.ni entry pasai phone.

Phone first skali aku pakai masa first year kat ukm dulu..tahun 2002. Alcatel, model apa tah.masa tu screen kuning, ringtone boleh compose, of course la single tone.aku pun tunjuk terrer compose lagu 'Stand By Me'.menjadi pulak tu.haha..pastu alcatel aku kena curi masa second year.aku letak atas meja study kat umah sewa.(masa tu menyewa kat kg baru.syok woo..kalo ada event bunga api kat klcc, terus nampak dari laman rumah).member aku kuar umah tak kunci pintu.ada org masuk ambik.jahat betoi orang tu.mmg aku ingat smpi mati aa muka dia.(aku baru pas mandi, keluar toilet aku nampak dia).itu satu pengajaran,  tiap2 kali kuar rumah MESTI KUNCI PINTU!!!

Pastu aku pun beli la phone lain.kali ni motorola pulak.model apa pun aku tak ingat.screen putih.kecik comel ja.masa tu tengah femes fon lipat2.aku tak minat.lambat nak jawab call sbb kena bukak lipatan fon tu dulu.so aku beli la yg takyah lipat.

Lepas setahun, aku pun dah boring, aku pun menjelajah mencari phone baru. aku nak try yg boleh lipat2 pulak.haha.aku beli nokia.(biasa la model apa sure aku tak ingat).maka tepatla sekali sangkaan aku bahawa phone lipat ni melambatkan aku ja.i want FAST!!

Lepas dah bosan, aku tukar phone lagi.kali ni dah keja, so dah ada duit sendiri.aku pun pi la cari phone yg mahai sket..hmm..aku try htc.ala..touch screen, yg ada pen tu. Phone ni la yg paling aku tak suka dalam semua phone yg pernah aku ada.LAMBAT!!! kena guna pen bagai.(keypad dia terlalu kecik so jari aku tak boleh touch.kena guna pen dia ja.)stylo mmg stylo tp LAMBAT!! Ni la phone yg paling sat sangat aku guna.

Pastu, aku dah kawen, aku pun ada penasihat yg sangat bagus dalam bab gadget ni iaitu en suami terchenta..tengkiu..aku telah dinasihatkan oleh tuan penasihat supaya amik phone nokia yg boleh slide tepi tu.model apa tak ingat, tapi muka depan dia ada button keypad ngan screen.pastu bila slide ada keyboard.haa..bagus ada penasihat ni.haha.enjoy pakai.so aku pun dah start berinternet dengan phone.puas hati la sbb masa tu aku terpaksa dok ward 4 bulan.so untuk mengisi masa lapang di ward, aku pun berinternet la..(di lain entry akan ku ceritakan kisah aku ward).

Lepas aku discaj ward, dapat duit claim insurans, aku pun melepaskan geram beli terus phone baru.macam biasa tuan penasihat aku bawa aku dating the curve, tunjuk galaxy sII, aku pun terus sambar tanpa berfikir panjang (tadak plan pun nak beli phone baru.tapi sebab lepas geram lama sgt dok ward).masa tu sII ni mmg baru sgt2.ni la phone paling best pernah aku pakai.jatuh banyak kali (anak aku suka hempuk, buat keta..).rosak aku repair.memang aku sayang gila dengan sII tu.phone aku yg sblm ni tak penah rosak, tak penah repair. tp sII ni aku sayang gila sbb tu aku sanggup pi repair, takmo beli baru (masa tu la..) haha..

Daripada anak sulung umur 8 bulan, sampi la anak kedua umur 17 bulan.setakat tu la saja umur sII.sayang memang sayang.tp..sblm dia rosak lagi teruk, baik aku tolak kat kedai.hehe..maka, terlahirlah galaxy note 8.0.

Tuan penasihat dok promote sangat note ni.aku mula2 buat diam ja.lama2 mana leh tahan..so aku pun senyap2 pi beli.hehe..memang selama ni aku dok bising nak phone dengan screen besar.so, now sangat puas hati.hehe..

Alhamdulillah.terima kasih tuan penasihat.nanti kita tukar blackberry tu pulak ok?

Saturday 4 January 2014

I already started blogging

baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog
kerana terikut-ikut en suami

hmm..

boleh ka mantain ni..?