Friday 8 August 2014

'Magic' Baby - part 2

Sepanjang tempoh kehamilan anak kedua, tiada alahan teruk yg aku alami. Jika nak dibandingkan masa mengandungkan Syahmi dulu tiap-tiap hari muntah. Cuma mengandung kali ni aku cepat letih, biasa la tu.. Selera makan, hmm.. macam biasa. Tak rasa mengidam apa-apa pun. Semua aku makan. Tak memilih, tak cerewet.

Masa kandungan aku berusia 3 ke 4 bulan, aku mengerjakan umrah bersama suami, mama dan adik aku. Syahmi masa tu berusia 16 bulan pun aku bawa sekali sebab tak tergamak nak tinggal dia. Masa mula masuk ke Tanah Haram, Syahmi senyum dalam tidurnya. Kali pertama melihat kaabah, Syahmi sujud, tanpa sesiapa suruh. Kenangan manis sewaktu tawaf mengelilingi kaabah, aku dapat rasakan anak dalam rahim aku pun turut sama bergerak. Seolah dia pun nak tawaf jugak. Hehe.. Semasa di Masjidil Haram, aku tak putus berdoa untuk ibu bapaku, suamiku, anak-anakku, keluargaku. Mohon dipelihara Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Juga kemurahan rezeki dan rahmat Allah, serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Air zamzam rasa manis sangat kat sana. Rasa nak minum banyak-banyak. Selepas sepuluh hari di Mekah, kami berangkat ke Madinah. Alhamdulillah,  ibadah umrah berjaya kami sempurnakan. InsyaAllah kisah panjang umrah ni akan aku ceritakan dalam entri lain.

InsyaAllah kami akan kembali.
Aku menjalani pemeriksaan kehamilan dengan pakar O&G HUKM, Prof Norzi. Detailed scan menunjukkan bayi dalam kandunganku sihat, Alhamdulillah. Aku dijangka bersalin pada bulan puasa. Sempat aku berpuasa selama 12 hari, lepas tu aku dah tak boleh tahan. Rasa letih sangat. Bawak bekal ke pejabat, makan senyap-senyap. Mujur staf pejabat tu ramai perempuan. Hehe..

Lena di dalam..
Masa nak bersalin, risau jugak sebab aku tak pernah rasa sakit contraction tu macam mana. Waktu Syahmi dulu dah lebih 40 minggu, tiada contraction tapi jantung dah bradikardia. Terus tolak ke OT untuk emergency caeserian. Alhamdulillah Syahmi sihat. Waktu anak kedua ni, 40 minggu jugak, ada bleeding sikit. Terus pergi hospital. Jalan baru buka 2cm. Aku kena tahan wad sebab dah due 40 minggu. Kena induce, rasa sakit jugak la contraction tu. Lepas 24 jam di wad jalan baru buka 4cm. Doktor pecahkan air ketuban. Adoi!! Ni yang rasa sakit sangat. Jalan dah buka 6cm. Bila check jantung baby, dah tak jumpa. Terus tolak ke OT untuk emergency caeserian lagi sekali.

Masa dalam bilik OT, bila aku dengar ja bunyi baby nangis, rasa seronok sangat. Doktor letak baby atas perut aku. Wah.. panas suam-suam je rasa. Masa tengah jahit, baby didekatkan ke muka aku. Aku tatap wajahnya. Alhamdulillah. Sempat aku cium. Wanginya..

Selepas direhatkan, aku dihantar semula ke wad. Tak sabarnya nak peluk baby. Suami aku dah tunggu kat pintu. Dia dah azankan baby. Tunggu nak hantar aku ke wad je. Bila sampai kat wad, terus aku minta dengan nurse baby aku tu. Aku nak menyusu. Rezeki untuk menyusukan Syahmi dulu setakat 2 bulan je sebab aku kena menjalani rawatan kemoterapi. Kali ni aku berazam untuk menyusukan anak kedua ni sampai 2 tahun. Kali pertama dapat peluk dan cium baby sangat indah. Menyusukan baby itu satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Dalam entri lain la kalo nak cerita perjalanan penyusuan susu ibu ni. Panjang sangat..

Alhamdulillah,  zuriatku dan suami yang kedua ini dilahirkan cukup sempurna. Rasa bersyukur sangat kerana ini adalah zuriat yang suatu ketika dulu dikatakan berisiko. Alhamdulillah,  Allah merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Perancangan dan ketentuan Allah tiada siapa pun yang dapat menghalang. Kehadiran Syafi (penawar) dalam hidup aku, suami, Syahmi dan sekeluarga menambahkan keutuhan kasih-sayang kami. Semoga Syafi membesar menjadi khalifah Allah yang soleh dan penawar untuk keluarga ini. InsyaAllah.


Yakinlah dengan Allah. Mintalah petunjuk dari Allah. Berdoalah kepada Allah. AllahuAkbar. Tiada suatu apa pun dapat menidakkan kuasa Allah. Kun fa ya kun..

1 comment:

  1. Casino Site » Live Now Casino Review & Bonus ▷ Top UK
    Casino Site. Review. Welcome Bonus. Live Casino. Live Casino. Top Live Casino. The best part. New Games. Fast and Reliable Gaming. luckyclub

    ReplyDelete