Thursday 20 August 2015

Neutropenic Diet

Dah lama rasanya tak berblog. Hari ni aku terpanggil untuk berblog lepas hampir setahun. Bukan apa, sibuk sikit dengan kerja yang takkan pernah habis. Dan dalam masa yang sama, aku pun semakin sibuk di ceruk dapur, dengan hobi baru yang dah nak masuk usia setahun aku usahakan ni. Hehe.. Aku anggapkan hobi ni sebagai cara untuk aku hilangkan penat kerja. Baking is my passion now. Kalau sehari tak bake, rasa gatal ja tangan ni. Hehe.. 
Alkisahnya tadi pagi, masa dok scroll henfon skodeng instagram orang, aku pun terbaca satu status ni. Oopps, lupa nak bagitau, aku suka follow IG bakers. Suka tengok kek cantik-cantik, cedok idea sikit-sikit. Ada seorang baker ni sedang bersedih sebab katanya dia tak dapat nak bake untuk kawannya yang sedang menjalani kemoterapi. Alasan, dia tak tau orang kemoterapi ni takleh makan kek. Maka aku pun terpanggil untuk berblog hari ni. 
Aku sendiri pernah menjalani kemoterapi. Ntah dah berapa puluh kali aku pun tak ingat. Lama dah. Alhamdulillah, aku semakin pulih. Syukur pada-Mu Ya Allah. Maka aku ni dah arif sangat dah pasal pantang-larang orang kemo ni. Pantang-larang maksud aku ni makan ye, jangan salah paham. Kenapa orang kemo kene pantang? Pantang macam orang bersalin ke? Apa yang boleh makan? Apa yang tak boleh makan? 
Pesakit yang sedang/telah menjalani rawatan kemoterapi akan mengalami kekurangan sel neutrofil (sel darah putih) di dalam badan. Tempoh ini berlanjutan selama beberapa minggu selepas rawatan kemoterapi diberikan. Sel darah putih akan berkurang, kadang-kadang sampai 0 (aku pernah banyak kali jugak sel neutrofil aku jatuh sampai 0). Bila takde sel neutrofil ni, makanya ketahanan badan kurang, so badan tak kuat nak melawan kuman. Sebab tu lah kena berpantang sikit makannya. Pada pendapat aku, berpantang orang lepas bersalin lagi susah. Hahaha... aku dah dua kali rasa pantang orang bersalin, stress!!! 
 Pesakit Kemoterapi perlu mengamalkan pengambilan DIET NEUTROPENIK. Sebelum mula rawatan kemoterapi, biasanya pegawai pemakanan akan datang dan consult pasal neutropenic diet ni. Siap bagi pamplet lagi. Diet neutropenik perlu diikut untuk mengelakkan pesakit terdedah dengan kuman. Pesakit kemoterapi ni, bila terdedah dengan kuman, demam, lagi panjang ceritanya nanti... Mudah pahamnya, kena makan makanan/minuman yang dah dipastikan tiada kuman langsung. Tiada kuman tu maknanya kena masak sepenuhnya, tak boleh separuh masak. Yang mentah memang haram terus, kecuali buah berkulit tebal. Kalo macam epal kena buang kulitnya dulu. Anggur memang tak digalakkan. Sayur kena masak sepenuhnya, ulam dan sambal belacan lupakan seketika. Lagi satu, makanan yang dimasak tu mesti untuk sekali makan saja. kalau boleh elakkan makan makanan yang dah lama dimasak. Sebab kena elakkan makanan yang lama terdedah di luar. Sekiranya nak sejukkan makanan, perlu simpan dalam bekas yang bertutup. 
Kat bawah ni aku senaraikan contoh makan yang boleh diambil dan yang tak boleh diambil ikut kategori.
BIL
KATEGORI
BOLEH
TAK BOLEH
1.
Minuman
Air yang dimasak didih dan telah disejukkan
Jus di dalam botol
Ais-diperbuat daripada aira masak didih
Air kotak
Air paip mentah
Kafein
2.
Kanji
Nasi
Roti
Pasta
Ubi
Mee/bihun
*mesti masak sempurna, bukan celur
Yang tak dimasak sempurna
Yang mentah
3.
Protein
Telur/ikan/ayam/makanan laut dimasak sempurna
Jika separuh masak
4.
Produk tenusu
Susu yang dipasteur
Keju yang dipasteur
Yogurt
5.
Buah/Sayur
Buah berkulit tebal (cth. pisang)
Buah berkulit perlu dibuang kulit sebelum makan
Sayur dimasak sempuna
Buah berkulit nipis
Sayur sebagai hiasan (cth: daun sup untu ditabur)
Ulam/salad mentah
6.
Pencuci mulut
Kek yang dimasak sempurna
Biskut
Aiskrim terus dari peti sejuk
Kek yang menggunakan bahan mentah sebagai frosting
Aiskrim yang telah cair (terdedah)

Setakat tu je la dulu entri aku kali ni. I want to help those in need. Love to share my experience. Glad to give my full support. Bos dah cari. Kbai!