Wednesday 17 April 2019

After 5 years..

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama menyepi, lama sangat. Banyaknya benda dah jadi sepanjang tempoh tak berblogging ni. Alhamdulillah. masih dikurniakan rezeki yang luas daripada Allah untuk terus bernafas dan berbuat kebaikan. 

28 Januari 2019 yang lalu, genap 5 tahun post-transplant. Dalam tempoh 5 tahun ini, pengalaman yang menjadi the turning point of my life ku tinggalkan dan aku kejar masa depan yang aku usahakan untuk berbuat kebaikan kepada semua. 

Hari ini, selepas 10 kali melalui Pet-CT Scan sejak tahun 2011, Alhamdulilah, doktor Wan dengan wajah manis mendekati. Complete remission.  Saat yang aku tunggu-tungu selama ni. No words to describe. Alhamdulillah.

Aku mula bekerja setelah setahun berehat selepas rawatan transplant stem sel. Atas nasihat doktor, aku tak digalakkan untuk terus berada di dunia klinikal. Maklumlah, orang lepas transplant ni macam baby-baby, mudah dapat jangkitan sebab imuniti belum kuat. haha.. baby sangat.. Masa tu dapat tukar ke Selangor, ingatkan dapat dekat ngan rumah. Sekali dapat penempatan, nahhhhh... KP Batu 9. Jauhnye takde beza dengan KP Bandar Tun Razak, tempat keje lama aku. Haish, tak boleh jadi ni. Aku pun mintak merayu macam2 lah. Akhirnya dapat PKPD Hulu Langat. Not bad lah waktu tu walaupun dalam hati meronta nak keje area Salak. 

Dua tahun lebih kat Hulu Langat, aku pun berganjak ke Pej TPKN kat Shah Alam nun.. masa ni dah rasa sihat sikit so tak ralat keje jauh pun. Dan dari situ lah aku mula terdetik "sampai bila nak keje camni. Aku nak tolong orang. kena pikir cara ni. sesuatu perlu dilakukan! (ala-ala kartun anime alih suara tu)". haha.. Aku pun apply sambung belajar. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, sekali apply aku terus dapat HLP dan dapat sambung dalam bidang di universiti yang aku memang aim nak masuk. Nikmat mana lagi yang nak aku dustakan?!

Now, here I am. hari-hari bukak laptop menghadap assignment... adat lah jadi budak sekolah kena la ada keje sekolah ye dak? Ni pun sebenarnya baru abih satu assignment tetiba datang mood nak berblog. Satgi sambung lagi assignment lain pulak.

Sungguh tak terucap segala perasaan aku tadi bila doktor kata "You dah OK". takleh nak explain apa aku rasa. Sungguh.. 

Dan kepada semua yang sedang melalui fasa aku aku dah lalui dulu, ketahuilah. Allah itu Maha Mendengar, Maha Penyayang. Mintak pada Dia. Mengadu pada Dia. Sakit ni Allah yang bagi. Sakit ni tanda Allah sayang. Allah nak dengar kita balik pada Allah, merintih merayu dan meminta kepada Dia. Pokok pangkalnya kita sendiri yang harus bangun dan POSITIF. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Segala apa yang kita lalui ada hikmah tersembunyi, yang kita belum nampak. InsyaAllah suatu hari kita akan menikmati hikmah itu dengan hati yang tenang. 

"Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results."