Monday 27 January 2014

Kesan-kesan Kemoterapi

Selepas menjalani 3 cycles of MACOPB, 9 cycles of Rituximab, 3 cycles of ICE, 3 cycles of DHAP and one cycle of EPOCH, aku paham sangat dah macammana yang dikatakan kesan-kesan kemoterapi. Apa yang bakal aku coretkan adalah hasil pengalaman aku sendiri selama 3 tahun lebih ni.

Jika nak disebutkan setiap satu nama ubat chemo yang aku dapat, banyak sangat sampai aku pun tak ingat nama dia. Aku cuma ingat regime chemo tu saja. Setiap ubat chemo kesannya berbeza-beza, dan tahap penerimaan individu juga berbeza. Aku rangkumkan semua menjadi satu kesimpulan yang kesan chemo memang dahsyat. Ya.. dahsyat.. Tapi Alhamdulillah. Aku berjaya mengharungi semua berkat sokongan suami dan anak-anak, mama dan abah. Jika aku sendiri, mustahil aku boleh bangun macam hari ini. Terima kasih Ya Allah atas peluang yang diberikan.

Dulu masa aku student, masa ward round kat hospital, aku cuma mampu tengok saja patient chemo ni macam mana. Aku tak paham pun apa yang mereka rasa. Bila dah masuk alam pekerjaan, sama juga, aku ada patient yang ada cancer. Tapi still aku tak ada apa-apa perasaan. Waktu tu, tujuan aku hanyalah merawat, dan memberi keselesaan kepada pesakit. Bila dah jadi kat diri sendiri, baru aku paham.. ooo.. Camni rupanya kemo..

 

Biar aku cerita satu-persatu..

TIREDNESS
Keletihan yang tak dapat nak dibayangkan. Rasa bisa sangat satu badan. Rasa nak baring ja. Ini immediate effect after ubat chemo masuk. Pastu ok dah, dah boleh berlari. Hehe..Kena lawan rasa letih ni. Kena makan baru ada tenaga. Memang la kurang selera, tapi paksakan diri tu.

DIGESTIVE SYSTEM
Rasa loya nak termuntah tu biasa. Tapi selalunya sebelum chemo Doktor akan bagi anti-emetik untuk kurangkan rasa mual. Ada ubat yang aku tak mual langsung. Tapi ada gak ubat yang lepas sejam dua chemo terus muntah dengan berjayanya.. Hehe.. sori Cik Nurse, saya muntah atas katil lagi..
Ada jugak ubat yang buat ulcer penuh satu mulut. Ni la azab yang aku rasa perit nak tahan. Ya la, nak telan air liur payah, nak makan payah, nak cakap payah, nak gosok gigi pun payah..Haishh.. Masa ni aku dengan husband aku cakap bahasa isyarat ja. Takpun saling bertukar nota. Hehe.. lucu pun ada terkenang zaman tu. Yang boleh aku makan bubur blend ja. Masa tu anak sulung aku pun baru tumbuh gigi, baru nak belajar makan. Mama aku prepare bubur bagi kami dua-dua makan. Alhamdulillah.. Kalau dah boring, aku order ja pizza hut punya mushroom soup tu, hirup semangkuk dengan straw, pun kenyang. Kalo dah tak lalu sangat, aku minum milo ja. Jadi la daripada biar perut kosong.
Ada sekali tu, masa nak buat stem cell transplant (nanti aku cerita pasal transplant dalam entry lain), 5 hari aku tak boleh makan, tak boleh minum, apalagi nak bercakap. Ulser mulut dan tekak yang sangat teruk. So, Prof yang merawat aku decide untuk bagi makan melalui TPN je la. TPN tu satu beg 1.5L  cecair seakan warna susu yang mengandungi nutrisi yang badan perlukan dalam bentuk yang paling ringkas. Contohnya glukosa, asid amino, lipid, vitamin, mineral dan elektrolit yang lain. Masuk terus melalui salur darah. Memang boleh support badan untuk bertenaga, tapi perut tetap lapar! Sampai muntah keluar asid perut, pahitnya! So, hari keenam, paksakan diri minum milo sejuk sekotak. Keesokkannya, aku beranikan diri makan bubur. Habis semangkuk! Hehe..
Ada jugak ubat yang buat kita sama ada cirit-birit atau pun sembelit. Tapi doktor ada bagi ubat nak overcome problem tu. 

BLOOD CELLS
Ubat chemotherapy juga mampu menghentikan bone marrow daripada terus menghasilkan sel-sel darah yang baru, iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Sel darah merah bertanggungjawab membawa oksigen dalam darah. Jika berlaku kekurangan oksigen dalam badan, badan akan rasa letih. Selalunya doktor akan pantau bilangan hemoglobin dalam darah. Tranfusi darah akan diberi jika dirasakan perlu. Kadang-kadang rasa menyesal sebab masa sihat dulu tak pernah nak derma darah. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada tuan punya darah yang banyak dah masuk dalam badan aku ni.
Platelet penting untuk pembekuan darah. Kalau platelet tak cukup, nanti cepat bruising. Lagi teruk kalau start bleeding if terkena sesuatu, takut lambat darah nak beku. Contohnya masa gosok gigi. Platelet pun akan di top-up sekiranya perlu.
Sel darah putih yang berkurang meningkatkan risiko terkena jangkitan. Selalunya efek ni bukan immediate. Seminggu selepas kemo baru nampak counts semua turun. Ini yang nak kena jaga-jaga. Kalau demam, susah wooo.. antibiotik kaw-kaw punya doktor akan bagi. Cucuk sana cucuk sini nak tau punca demam tu. So, lepas chemo, pandai-pandailah isolate diri sendiri. Pastikan persekitaran bersih. Makan makanan yang betul-betul masak sepenuhnya. Jangan berkumpul tempat yang ada crowd yang ramai. Berkurung dalam rumah pun takpa, sampai count dah back to normal balik.

HAIR, SKIN AND NAILS
Ada ubat kemo yang buat rambut gugur sikit-sikit ja. Ada jugak yang lepas kemo dua-tiga hari, pegang ja terus rambut jatuh. aku tak sedih sangat pasal rambut ni sebab rambut boleh tumbuh balik. Tapi masa mula-mula rambut gugur tu, mama aku nangis ja. Kesian pulak aku tengok. Padahal aku ok ja. Abah aku pun sebak tgk anaknya yang botak ni. Hehe.. Husband aku pernah nyanyi untuk aku lagu Exist Masih Terserlah Ayumu.. Part hujung chorus tu.. "Masih terseelah ayunya wajahmu.. walaupun botak.." hahaha..lawak Husband aku ni, cuba nak bagi aku tak sedih. Ada ubat yang bukan setakat kepala botak, satu bulu pun tadak kat badan. Mama aku pernah tegur apsal lubang hibung nampak besar. Hmm.. bulu hidung tadak ma.. Kening, bulu mata pun hilang. Macam kartun muka aku masa tu. Tapi pastu dia tumbuh balik.
Ubat chemo pun boleh buat kulit kering. So banyak minum air. Kena sentiasa bersih. Takut gatal-gatal kulit. Kulit aku yang putih la jugak dulu dah nampak cam terbakar dah sebab panasnya ubat kemo tu. Tapi lama-lama kembali ke warna kulit asal. Ok ja. Kuku pun boleh nampak hitam, kadang-kadang berbelang-belang.

NERVES
Selepas kemo, kerap jugak aku rasa kebas-kebas di hujung jari. Rasa nak pegang apa pun tak puas. Tapi effect tu hilang dalam sebulan lebih. Lidah pun rasa kebas gak. Semua makanan rasa tawar. Manis, masin, pahit, masam, apa pun tadak..
Ada satu ubat chemo tu yang effect aku punya hearing. Telinga jadi pekak sebelah kejap. Tak lama pun. Cuma dengar tak puas ja.
Mata aku pun penah effect sebab kemo ni. Merah berair ja.. Dalam seminggu. Pas doktor bagi ubat, ok la dia.

KIDNEYS, LUNGS, HEART, LIVER
Some chemotherapy can cause changes in the way our kidneys, lungs, heart and liver work. The changes are usually temporary and go back to normal when the treatment ends.

SEX AND FERTILITY
Aku tak nafikan kesan kemoterapi ni sedikt sebanyak mengganggu kehidupan suami isteri. Doktor pun dah sahkan ada ubat kemo yang aku terima bakal menjadikan aku tidak lagi berupaya hamil. Aku dan suami pernah terfikir dan redha jika sekiranya Syahmi adalah satu-satunya anak yang Allah anugerahkan kepada kami. Tapi, perancangan Allah itu yang terbaik. Aku hamil anak kedua. Syafi hadir menyerikan lagi rumahtangga kami. Alhamdulillah.

Kesimpulannya di sini, Ingatlah pada Allah. Mintalah pada Nya. Hati kita ini Allah yang pegang. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Yakinlah dengan Allah.
Masa-masa macamni, harta wang ringgit sikit pun tadak nilai. Masa yang ada gunakanlah untuk mengingati Allah. Sokongan suami, anak-anak, mama dan abah amat-amat aku hargai, dan aku kenang sampai bila-bila. Allah sahajalah yang mampu membalas budi kalian.

Lawan, fight back. Never give up!!

18 comments:

  1. Assalamualaikum..boleh saya tahu kanser ape yang puan hadapi utk rawatan kemo ini..selapas kemo ni proceed radioterapi atau dah ok selepas tu ye?
    Sy nak kongsikan blog puan ini yang begitu santai dan lega bila membacanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sbb sudi baca blog saya. Saya didiagnos menghidap Primary Mediastinal B-Cell Lymphoma, sejenis kanser darah pada tahun 2011. Saya hanya kongsikan pengalaman saya sj. Tidak lain tujuan saya hanya untuk memberi sokongan kepada sesiapa saja yg sedang memerlukan. Terima kasih sekali lagi. Saya izinkan kalo cerita ini dikongsi. Semoga saya dapat membantu walaupun tidak sebesar mana.

      Delete
  2. Replies
    1. Setiap org ujiannya tak sama. Ujian Allah tanda sayang. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Betul apa yang puan katakan. Dengan sentiasa mengingatiNya dan meminta kepadaNya dialah yang maha mengetahui segalanya.

    saya doakan kesihatan puan bertambah baik hendakNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan. Saya sekadar berkongsi pengalaman😊

      Delete
  4. Boleh tahu apa yang puan amalkan sepanjang puan hadapi penyakit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud puan amalan makanan ke? Takde yang special. Saya follow instuction doktor ngan dietitian. Strict neutropenic diet.

      Delete
  5. Kesan yg puan rasa bermula dari pertama @ berbeza-beza sehingga habis 1 pusingan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesannya berbeza2, bergantung kepada jenis chemo.

      Delete
  6. Wow. Sekarang ni, Puan Aira dah sihat sepenuhnya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Allah penyembuh segala penyakit.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 468 7570 EN MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kalau saya katakan ini tidak membantu, tapi lebih kepada menjual produk. Jangan begitu tuan, dah byk saya tgk depan mata saya pesakit yg refuse chemo dah memilih utk rawatan alternatif. Tiada yg berakhir dengan khabar gembira. Stop what you are doing now. Have pity on cancer patients. Produk tuan hanya bersandarkan testimoni manusia semata-mata. Ada kajian? Kalau ada dah berapa tahun kaji?

      Delete
  9. Puan..blh tahu puan ada x tapk tgn tu kering2 dan pedih dlu sbb kan ubat chemo tu..puan sapu lotion ke??

    ReplyDelete
  10. Puan, sy dalam rawatan chemo skrg.. DHAP regimen.. Kemudian, doktor plan utk transplan lepas complete 2nd cycle chemo.. Boleh puan kongsikan pengalaman puan transplan dulu.. Tqia.. Sy pesakit kanser hodgkin lymphoma..

    ReplyDelete